Thursday, March 04, 2010

Spring time is here~~

Musim bunga dah tiba!!

Kan best kalau betul2 ada musim bunga kat Malaysia ni. Macam best je tengok kat TV. Bunga warna-warni, cantik. Sini, musim buah ada la. Buah durian, buah rambutan...buah manggis...uhh sedapnya. Warna-warni lah jugak ye. =) Jom berangan jap tengok gambar2 musim bunga. Bila lah boleh pergi kat tempat2 yang ada musim bunga...? Hm....


Tadi ada UTeM Spring Festival bertempat di Pusat Persatuan Pelajar(PPP). Lepas kelas habis awal pukul 10 pagi tadi, saya dan kawan2 pun pergi ke PPP untuk melihat2 apa yang ada di situ. Kawan2 saya: Seow Huen & Julle cakap ada banyak pertandingan menarik untuk dimain kat situ. Antaranya tangkap ikan guna sudu, masukkan kacang dalam cawan guna chopstik dll.

Dari dulu saya teringin nak main tangkap ikan guna sudu. Sebenarnya saya ingat kena tangkap ikan tu guna jaring yang senang koyak tu, macam yang tengok dalam TV dalam cerita2 dan anime2 jepun. Rupa2nya tak. Tangkap guna sudu. Susah juga woo! Ikan tu dah lah kecik dan pandai pula nak mengelak dari kena tangkap (siapa yang suka nak kena tangkap kann...?). Dah dapat tangkap kena elok2 takut nanti ikan tu gerak2 sampai terkeluar dari sudu pula masa nak masukkan dalam botol. Mencabar! Kena buat dalam dua minit je. Lepas cubaan ke dua, barulah saya berjaya masukkan 4 ekor ikan dalam botol sebelum masa tamat. Perasaan bila berjaya buat adalah sangat HEBAT! Bukan semua orang boleh buat tau benda ni! Hehehe...anda yang belum pernah cuba patut cuba aktiviti ini. =)

Kalau kat tempat yang ada musim bunga mesti sejuk/dingin/nyaman cuacanya. Sekarang ni Malaysia panas, memang tak ada rasa macam musim bunga pun walaupun ada Spring Festival ni. Rasa macam musim panas je(memang musim panas pun). Apa2 pun, seronok main permainan2 itu. Kalau ada lagi boleh join lagi. Nak tangkap ikan lagi. =)


p:s: Lunch makan burger je. Lapar yang teramat sekarang. Moral, kalau pagi makan biskut je, tengah hari sila makan nasi atau apa2 yang boleh buat anda kenyang. Sekian.


2 comments:

Do you have something to say?