Saturday, April 10, 2010

Saya menonton Discovery Channel malam tadi *tahniah!*


Tahniah sekali lagi kepada saya sebab menonton saluran yang memang penuh dengan informasi dan pengetahuan berguna ini! Bagus, walaupun saluran Discovery Channel(DC) dan geng-geng dia( National Geographic, Animal Planet, History Channel dll) merupakan saluran-saluran pilihan terakhir yang akan dipilih kalau dah tak ada program menarik untuk ditonton di saluran-saluran seperti AXN, HBO, Starmovies, Cinemax, Astro Ria dll. *Tahniah banyak kali sebab saluran ini memang sangat jarang dibuka* Ya, saya memang lebih suka menonton saluran yang menyiarkan hiburan berbanding pengetahuan. Ish...ish..ish...bila nak berubah ni..?

Dah kata jarang tonton saluran ini kenapa malam semalam boleh terbuka hati untuk menekan butang 551(nombor saluran itu)?? Sebabnya ialah program DC pada waktu itu telah menarik minat saya untuk menonton. *WOW!!!*Program itu cerita tentang otak manusia. Human Brain. Macam ada kena mengena dengan subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif yang final examnya minggu depan. Macam menarik je. Jadi saya pun tak tukar siaran lain. =)

Program tu berdasarkan kisah benar apa otak akan buat di waktu-waktu kritikal.

Jadi sekarang Mari kita masuk ke segmen...

TAHUKAH ANDA?????
1. Kisah benar pertama ialah ada seorang lelaki ni pergi berlayar dengan kapal. Lepas tu kapal dia karam. Nasib baik ada pelampung back up. Bekalan makanan dah tak ada. Dia pun tangkap ikan. Macam biasalah, kebanyakan orang kalau makan ikan kita makan isi dia je kan. Tapi isi je tak cukup untuk membuatkan lelaki ini untuk terus hidup sebab isi ikan ada protein je, takde vitamin dan nutrien lain yang badan perlukan. Kalau dia tak cukup nutrien, nanti boleh mati. Kemudian, badan dah makin lemah selepas beberapa hari. Otak lelaki itu pun mula bekerja dengan cara lain di mana dia dah tak nak isi ikan lagi. Otak perlukan nutrien lain. Jadi otak lelaki itu pun suruh lelaki itu makan selain isi untuk dapatkan nutrien yang diperlukan. Otak tu suruh lelaki tu makan mata ikan, hati ikan dan organ-organ dalaman yang lain yang ada vitamin dan nutrien lain. Mula-mula memang tak sedap tapi lepas dah berbulan-bulan lelaki tu dapat bertahan dengan makan itu je sebab tiba-tiba otak dia dah set "Eh sedap pulak mata ikan ni!". Lelaki itu selamat lepas 70 lebih hari di laut. Fuh!
Sedap ke rasa mataku??



2. Kisah benar kedua ialah seorang lelaki nak pergi panjat gunung. Dia plan nak pergi sehari je. Tiba-tiba masa tengah jalan, dia terjatuh dalam satu lubang yang dalam. Tak dapat nak keluar. Perut pun lapar. Makanan tak ada sebab dia ingat nak pergi sehari je. dalam gua mana ada makanan ye tak? Apa je yang boleh buat dalam gua? Lelaki itu hanya mampu duduk je menanti bantuan tiba tanpa makanan. Lalu otak lelaki ini menjalankan tugasnya. Dia memperlahankan aktiviti dalam badan lelaki itu. Turunkan kadar metabolisme dan pembinaan sel baru. Kira macam buat hibernasi la macam beruang kutub. Macam puasa. Hebat woh otak kita! Lelaki itu dapat bertahan selama 3 bulan tanpa makan sebab otak dia tolong dia. Masa dah sampai 3 bulan tu semua nutrien dalam badan lelaki tu dah habis, otak dah nak buat proses makan diri sendiri dah sebagai langkah terakhir. Otak nak guna protein dalam tulang untuk bagi tenaga kepada otak. Nasib baik lepas 3 bulan ada orang datang dan jumpa lelaki tu.

saya suka berhibernasi sebab boleh tidur lama-lama!



3. Seorang lelaki ni nak pergi ke suatu tempat yang jauh dengan belon udara panas. Nak catat rekod katanya. Belon udara panas ni nak kena selalu kawal supaya arah tak lari. Oleh sebab itu, lelaki ni kena sentiasa berjaga. Tak boleh tidur. 2 hari pertama dia masih OK. lepas 2 hari, dia mula berhalusinasi sebab tak tidur lama dah. Hari berikutnya dia mula bercakap sendirian macam orang gila. Selama mana pun kota berjaga badan kita perlu rehat supaya otak kita dapat melakukan aktiviti "penyelenggaraan" dalam badan kita. Nak buat maintenance. Kalau tak tidur macam mana? Otak kita paling aktif masa kita tidur. Lelaki ni dah makin tak betul sebab badan dia dah lama tak ada maintenance jadi otak terpaksa buat aksi drastik dengan memengsankan lelaki ni supaya maintenance dapat dilakukan dan supaya lelaki ni dapat jadi normal semula. Dapat tidur sekejap pun jadilah.

Bestnya dapat berada di udara!



Banyak lagi sebenarnya informasi menarik tapi dah tak larat nak tulis. hehehe.

Moral of the story, otak merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita. Otak akan melakukan apa saja untuk pastikan kita dapat survive. Sayangilah otak kita sebab otak sangat sayang kat kita hehehe.

SAYANGILAH OTAK KITA!
OTAK SIHAT, BADAN SIHAT!

4 comments:

  1. tahniah.. kat rumah ade discovery gak , tapi x pernah tengok..haha..

    ReplyDelete
  2. wa.. ni mesti score part human brain pkk nanti.. =)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..amin..mari score bersama2 yeah!

    ReplyDelete

Do you have something to say?