Sunday, May 09, 2010

Power Lunch With...



Selepas buat entry A World Date With Kim Bum, malam tu tiba-tiba saya teringat saya pernah masuk satu pertandingan yang hadiahnya dapat meluangkan masa bersama selebriti juga. Tapi bukan selebriti dari industri hiburan, sebaliknya dari industri sukan permotoran.


Dulu kan saya ni peminat Formula One(F1). Memang minat betul sampai kalau setiap kali ada berita pasal F1 kat suratkhabar mesti nak gunting dan simpan. Kalau saya tak dapat gunting, suruh kakak guntingkan. Hehehe. Lebih-lebih lagi berita tentang pemandu favourite---Kimi Raikkonen. Ada lagi kot suratkhabar yang dipotong tu kat bilik. Haha. Kalau pergi kedai buku macam di MPH kat Alamanda dulu selalu terus pergi seksyen majalah sukan, nak beli majalah F1 Racing Malaysia yang berharga RM10. Ni majalah F1 yang paling murah rasanya. Yang lain harganya macam RM20 ke atas. Selain tu, tak pernah missed tengok satu race pun. Jarang la missed. Kalau missed rasa macam sangat sedih...peminat no1 la katakan. =)

Oleh sebab terlalu minat dan obses (sampai begitu sekali ke...??) terhadap F1 dan Kimi Raikkonen, suatu hari terjumpa satu pertandingan POWER LUNCH WITH KIMI AND FELIPE. Terus teruja tengok dan terus nak join. Hadiahnya dapat makan tengah hari dengan Kimi dan Felipe dan ape lagi tak ingat. Peluang keemasan begini tak elok dilepaskan. Maka saya pun download borang penyertaan dari laman web dan isi apa2 yang patut dan hantar.

Saya sungguh berharap dapat menang pertandingan tu sebab nak sangat jumpa Kimi Raikkonen. Ok. Massa sekali la. Yang penting Kimi la. Saya tahu persaingan amat sengit. Saya perlu compete dengan peminat Ferrari, peminat Kimi, peminat Massa juga peminat F1. Gelisah je tunggu keputusan pertandingan, tunggu telefon bunyik untuk dengar orang tu cakap "You are the WINNER!!". Risau kalau saya tak layak nak masuk pertandingan tu atau tak. Macam-macam perasaan. Siap dah bayangkan macam mana lah kalau dapat jumpa mereka. Bestnya. Boleh tangkap gambar sama2, boleh bual2...boleh apa2 je. Seronoknya!

Sampai ke hari race, tak ada siapa2 dari organiser pertandingan tu yang telefon saya. Tahulah saya tak menang, orang lain menang. Agak kecewa, tapi tak apalah, saya dah cuba. Haha. Kalau ada pertandingan macam ni lagi boleh cuba lagi. Tapi macam dah tak ada je.

p/s: Kimi menang World Title tahun itu iaitu di tahun pertama bersama Ferrari.



4 comments:

  1. alex yong pun boleh thn juga~
    da lme xdgr cite dia kn?

    ReplyDelete
  2. boleh tahan la...yelah mana die menghilang???

    ReplyDelete
  3. haha.. weyh, ko join x yg kim bum tu?
    jum join
    hehe

    ReplyDelete
  4. Kim Bum tu dah lepas kan...?? Ada yang baru ke?? Kalau ada nak join =)

    ReplyDelete

Do you have something to say?