Sunday, May 30, 2010

Tempat Makan Idaman Hati

Malam ini dalam sejarah. Pertama kali makan steamboat. Agak menarik, tapi memerlukan sedikit kesabaran untuk menunggu makanan siap di"steamboat"kan. Tak sesuai untuk orang yang sedang kebuluran dan memerlukan makanan ASAP untuk makan steamboat heheh.

Setelah banyak menjamu selera di pelbagai kedai-kedai makan, saya dapati, jarang ada kedai yang dapat memenuhi standard saya. Standard saya biasa-biasa je. Tak adalah cerewet mana. Kalau ada kedai yang dapat ikut standard ni, mesti kedai tu akan sentiasa dipenuhi pelanggan.


Standard-standard Tempat Makan Pilihan Hati saya:

1. Bersih. Tiada sampah sarap dan bau-bau tahi kucing di sekitar.

2. Kipas/ pendingin hawa berfungsi dengan baik. Takkan nak makan makanan panas dalam suasana panas?

3. Bila pelanggan sampai je kat kedai tu, pelayan mesti "aware" dengan kehadiran. Bersedia untuk ambil order. Kalau boleh beri menu sekali. Kadang-kadang pelanggan tak tahu nak makan apa. Kalau tak ingat apa yang pelanggan order, sila tulis di buku catatan anda. Oh, sila tulis pesanan pelanggan dengan betul.


4. Pesanan siap cepat. Kalau makanan siap lambat sikit, boleh diterima lagi. Sekurang-kurangnya berilah air dulu.

5. Kalau makanan/air lambat siap, mintak maaf dengan pelanggan, supaya hati pelanggan tak membara sangat.

6. Pelayan sila cakap bahasa yang difahami pelanggan. Ada pelanggan yang tak faham beberapa loghat daerah.

7. Makanan dan air hendaklah sedap, sekali cuba nak lagi dan lagi dan lagi.

8. Harga berpatutan dengan rasa makanan.


Kedai steamboat tadi, lambat hantar air dan steamboat, dekat 20 minit baru air sampai kot. Lepas tu aircond tak rasa langsung. Panas. Huh. Perkhidmatan tak berapa nak memuaskan. Nasib baik rasa steamboat boleh tahan. Kenyang la jugak.

1 comment:

  1. waahhhh betol2!
    palingg pantanggg mkn kat tempat ade bau2 tak sedapp.
    loya tekak aku nak masuk pape ponn. haha

    ReplyDelete

Do you have something to say?