Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, October 03, 2012

Memang Sedap

Hujung minggu lepas, kami balik Tampin. Beberapa hari sebelum tu, Mak Ngah talipon, dan dengarnya nak hantar rombongan merisik seorang anak dara di Tanjung Kling. Saya tak pernah ikut rombongan orang merisik. Macam best bunyinya kan? Kan? Tak? Kbye.

Sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Biasalah kat kampung, mulut tak berhenti mengunyah kan. Kuih raya haritu pun masih tak habis lagi, Puan bising suruh makan. Saya nampak ada kerepek pisanag dengan kerepek bawang, apa lagi, balun je lah kan. Sedap gila. Lepas tu pagi2 tu ada pisang goreng dan nasi goreng untuk sarapan. Bahagia perut saya. Lepas tu Puan dan Mak pun siap-siap nak masak untuk tengah hari. Saya tengah tonton TV cerita kat TV2. Gila cerita tu. Sangat psaiko. Macam mana nak eja psycho. Ha. Pasal sorang budak perempuan yatim, dia diambil jadi anak angkat oleh sepasang suami isteri yang dah 10 tahun takde anak. Budak ni ada masalah mental sebab dia selalu kena dera masa tinggal dengan mak bapak kandung dia. Alih-alih dia pergi bunuh pulak mak bapak angkat dia tu. Ngeri dan psycho. Saya tak tahu apa moral cerita ni. Dan saya tak tahu kenapa saya boleh tengok cerita ni sampai habis. T___T

Masa tengah tengok TV, Puan seperti biasa panggil saya dengan adik saya, Min, suruh makan semua benda kat dapur tu. 
Saya pun macam " Okay, kejap lagi dah nak makan tengah hari dah ni, nantilah Puan." 
Puan pulak pergi bukak almari makanan dia. "Ni Pak Long ada beli Maggi. Puan makan je apa Pak Long beli ni, makanlah ni, ambik satu, makan. Pergi masak air blablablablabla" kata Puan. 

And I was like. "Dah nak makan tengah hari dah ni ..."
And Puan was like "Cuba rasa, ambik satu, rasa, pergi masak air tu............"
And I was like ".......... Okay." dan terkedek2 pergi bukak pintu almari. Ada Maggi kari dengan Mi Sedaap perisa asli. Saya tak pernah makan Mi Sedaap goreng, jadi saya pun ambillah yang Mi Sedaap punya. Puan kata sedap. 


Yang nilah. src: Google

Cara nak buat Mi goreng segera lain sikit dengan mi yang bersup. Dia kena rendam dulu mi dia, lepas tu toskan airnya. Lepas tu gaulkan mi dengan perasa-perasa dia. Lepas gaul-gaul semua benda, saya pun cuba sesuap. Memang sedap! :'D Masa saya tengah buat mi tu, Puan tanya Min nak ke tak, dan suruh dia pun satu paket untuk sendiri. LOL. Kami kongsi je. ='D Saya rasa kalau Puan kasi saya makan lagi satu paket haritu memang saya makan HAHAHAHA.


Lepas sesi risik merisik selesai, kami pun pulang. Saya masih termimpi-mimpi Mi Sedaap goreng tadi amboi. Rasa nak beli satu paket tau. Jadi harini masa pergi 7Eleven untuk beli paper, saya pun beli satu paket. Memang satu paket je. RM1.30. Tapi bukan yang perisa asli. 


Perisa sambal goreng. Nampak macam sedap je. src: Google

Tak sabar nak makan mi ni masa sahur nanti. Saya dah siap-siap simpankan udang salut goreng dengan telur mata kerbau dah untuk makan dengan mi ni nanti masa sahur. Tinggal nak sahur je. Tolong kejutkan saya kalau saya tak bangun! Ehehehek.



Doakan saya dapat interview #2. Gah, tak dapat bayangkan kerja shift malam 7pm-7am. Akan jadi kelawar /burung hantukah? XD




Sunday, October 09, 2011

Ayam Chop

gambar blur kerana saya teruja nak makan lepas dapat.

Makan malam saya pada malam ini ialah ayam chop dengan sos cendawan. Makan di restoren.
Tunggu sangat lama baru sampai. Abah dah habis makan nasi lemak beliau, 10 minit lepas tu baru makanan kami sampai. -_- Lama nak panggang ayam agaknya. Nasib baik perut tak mogok.

Mula-mula nampak macam kecil je saya punya ayam, tapi bila makan ok lah. Tak terlampau kenyang dan tak  rasa lapar dah. Kalau dapat yang saiz macam mak punya ayam, tentu sendat seluar -__-


Tak tengok Big Time Rush malam ni. Maaf BTR. Jumpa minggu depan ya! ;)



Friday, October 07, 2011

Bubur Nasi dan Nasi lemak

Sebab nak jimat duit dan tak nak jalan jauh2 pergi beli makanan (sebab takde transport dan sekarang pakai wedges pergi praktikal jadi sakit kaki kalau jalan jauh2), saya selalu sarapan kat rumah je sebelum pergi pejabat. Jimat pun jimat. Pagi tadi makan bubur nasi yang mak buat dari malam tadi, masak dalam periuk slow cook. Sedap nyum nyum. Taruk bawang goreng (wajib) dan ikan bilis semalam jadi bertambah yummeh! Perut dah terisi maka perasaan pun riang gembira.

Masa sampai depan bangunan office, Kak W tanya kalau saya nak ikut tak dia pergi beli nasi lemak kat kedai atas. Saya ni jenis yang tak kata tidak untuk makanan/kalau orang ajak pergi makan -__-. Fiq... seriously, dah makan kat rumah, masih nak pergi beli nasi lemak? Bukan beli nasi lemak je, beli kuih tiga keping lagi! -___- Beli macam tak makan sarapan lagi harharhar. Saya sebenarnya tak nak beli pun kuih tu, tapi Kak W bagi plastik kecik satu kat saya, saya tak tahu kenapa saya tak menolak waaaaaaaa... jadi saya pun ambillah tiga ketul kuih. -___-

Harini confirm tak lapar. Baguslah kot? yay?

Friday, March 18, 2011

Saya nak makan...

Saya teringin nak makan nasi lemak!


Nasi lemak dengan sambal ikan bilis/sambal, ikan bilis garing, telur rebus/telur mata, timun (kalau rajin akan makan :P )
Sedapnya! Bila boleh makan ni?

edited: buang gambar nasik lemak. source gambar dari autobizz>>>pembawa malware!! fuh!! out you go from my blog!

Tuesday, March 15, 2011

Nasi putih telur bistik

Tadi pertama kali makan nasi putih telur bistik di kafe bawah hostel. Teruja nak makan. Saya ingat lagi telur bistik yang saya pernah makan dulu (bukan kat kafe ni) dalamnya ada isi macam-macam, contohnya ayam, sayur etc. Bestlah makan telur yang ada isi macam tu. Rasa macam bestlah..takde perkataan lain terlintas yang boleh describe. Jadi memori itu membuatkan saya tertunggu-tunggu nak makan telur bistik kafe ni punya stail pulak..

Teman makan saya tadi ialah cik Mimi. Dia order kuey tiow kungfu; menu special kat kafe ni. Saya punya sampai dulu. Bila cik Mimi punya makanan dah sampai, saya pun memulakan proses makan. Ambik telur. Taruk atas nasik. Gaul-gaul. Makan. Kunyah-kunyah. Telan. Hm. Ambik suapan kedua. Kunyah-kunyah. Telan.

Kenapakah telur ini rasanya macam rasa kuey tiow kungfu? >,<

Agak kecewa. Serius rasanya macam kue tiow kungfu. Rasa kuah dia pun macam kuey tiow kungfu walaupun warnanya berbeza. Kecewa T__T

Tapi, Alhamdulillah. Kenyang. Sekurang-kurangnya ada makanan untuk dimakan kan? Lepas ni, tak nak order telur bistik kat kafe tu lagi.. :(

Monday, January 17, 2011

Cendol Dengkil

Saya suka makan cendol. Lebih-lebih lagi kalau cendol tu ada taruk jagung dan kacang merah besar tu (tak tahu nama spesifik). Kalau ada jagung la paling best. Baru-baru ni Abah bawak kami makan cendol di Dengkil. Dengar je perkataan cendol terus teruja. Dah lama tak makan cendol. *kalau Abah baca ni mesti saya kena perli punya hahahahaha*


Komen semasa makan cendol: Sedapnya..nyum nyum slurrrpppp..mmmm....nyummm

Komen lepas habis makan cendol: Aik, dah habis dah? Ala....












Nilah cendol yang sedap tu..
Tak tahu macam mana nak tangkap
 gambar supaya nampak menggiurkan. XD










































Isi dalam cendol yang mmmmmmm....






















Ni pulak rojak yang Mak order. Rasa kuahnya boleh diperbaiki lagi. Teruskan usaha anda. Habis jugak.


































Tengok, kejap je dah licin! Nak lagi  tiga semangkuk boleh??


































OK, nilah tempatnya. Ada banner Cendol Dengkil kat situ. Apa lagi, cepat serbu!!!

Monday, January 10, 2011

Yummy Cheese Tarts *gambar*

Mak saya buat cheese tart ni masa cuti semester saya yang sekejap tu. 





Sedap sangat. 





Amat sedap.  





Terbaik!






Min Ho, nak jugak ke? hihihi..




Resepi tidak disertakan.

Keluar pada hari Sabtu

Gembira bila diajak keluar pada hari Sabtu minggu pertama semester baru yang banyak kelas dibatal. Jadi, bersama kawan outing saya >>>> Daia, kami telah mengisi masa lapang di Melaka Mall dan Jaya Jusco Mall.  Di Melaka Mall kami tonton wayang. Season of the Witch lakonan Nicolas Cage.  



Agak menarik filem ni. Pergilah tonton kalau tak tonton lagi. (ada satu part tu subtitle dia tak sync dengan dialog. Kacau mood betul. Terus kena tengok mulut pelakon dan dengar dengan tekun nak tau dia cakap apa. Dahlah mereka ni cakap tak jelas sangat. haihh XD )



Lepas habis tengok wayang, kami pergi makan di Jaya Jusco. JJ ni kat seberang jalan Melaka Mall tu je. Kena lalu jejantas.


Makan di Johhny's.



outing member>> Daia



Daia punya. Nasi dengan ayam blackpepper kot. Tengoklah saiz ayam dia. T_T



Air kat MBO tak habis tadi. Keh keh keh..



Ni kebab saya. Macam sate. Bukan kebab patut balut dalam roti ke?? T_T



view kebab roti-less



nasi ayam kepingan kecil



kebab kecik. T_T


Ana Rafali menang juara lagu! Tahniah! Comel suara dia bagi ucapan kemenangan. Saya dengar kat radio je. TV rosak. Dengar kat radio dapat tahu suara diorang sedap ke tak. Sebab tak perlu dibayangi persembahan hohoho. Suara semua orang nyanyi biasa je.Tak meremangkan bulu roma saya pun. XD

Sunday, November 14, 2010

Rumah Manis Rumah

Breakfast di Melaka Central pagi tadi makan roti sardin dengan air susu kotak. Bolehlah buat isi perut. Mula-mula ingat nak makan burger baru McD tapi fikir-fikir balik baik beli roti sardin tu je. Murah sikit. Wahh..lebih prefer roti murah dari McD! Nafsu makan pagi-pagi tak kuat sangat kot. 

Sampai-sampai rumah je perut lapar sangat. Perut macam tahu-tahu je dah sampai rumah di mana terletaknya makanan sedap-sedap. Masa tu dah pukul 12 lebih. Masa untuk makan tengah hari. Hohoho! Jumpa Mak, Mak pulak cakap ni:

"Barang-barang nak masak dah siap. Tinggal tunggu nak masak je!"Kata Mak. Oh..Mak! Anakmu baru pulang, baru melangkah dua, tiga langkah masuk rumahku syurgaku Mak berkata demikian? T_T


Lepas salam-salam Mak dan Abah, saya naik atas tukar baju sambil mental bersedia untuk masak. Lepas tu masuk ruang makan. Tengok makanan tengah hari dah siap. Aik? Mak ni saja nak bergurau senda dengan Angah ke? =_=!

Gambar makanan tengah hari takde sebab nafsu makan lebih banyak dari nafsu ambil gambar. Ni gambar makan malam..


 masak asam ikan kembung. SEDAP SANGAT. AMAT.




Sayur kacang+kentang+santan+tahu. AMAT SEDAP JUGA.






Semua sedap saya tambah nasi tiga kali. Ke empat kali eh? Inilah masanya untuk makan banyak. Oh YEAHHH~~

Wednesday, November 10, 2010

Important Meal

Hari ni breakfast makan chocolate muffin made by my lovely Mommy. Sedappp! Makan sekali nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.......

Air pulak, nak minum Lipton Gold Milk Tea yang dalam paket tu. Cepat, pantas, mudah, sedap.

Hm..Makan muffin yang mak buat ni membuatkan saya teringat kat rumah. 




Kat rumah sewa makan seketul je muffin. Kalau kat rumah, baru makan banyak-banyak. Hohoho. Kat rumah sewa makanan nak kena jimat cermat. Kat rumah banyak makanan nak dimakan, tak payah tahan-tahan makan amboiihhh!!



Friday, August 27, 2010

Kisah di kampung

Minggu ni saya balik kampung lagi! Saya balik dua kampung, satu di Tampin; lagi satu di rumah manis rumah di Bangi. Buat pertama kali semenjak dah pandai balik sendiri, Abah datang jemput kat rumah sewa! Woohoo!! Memang gumbira habislah. Kebetulan Melaka ni on the way je nak pergi Tampin tu, jadinya bolehlah nak jemput. Kalau tak, takdenye..heh heh. Tq Abah, you're the best!



Sebelum tu nak bagitau, memandangkan hati masih tak berapa nak puas gagal cari buku Fiber Optic dan IPv6 pada kunjungan ke perpustakaan tempoh hari, maka minggu lepas *tak ingat hari apa* pergi lagi library nak cari jugak buku-buku tu. Tengok satu-satu buku kat rak. Belek mana-mana buku yang rasa macam ada kaitan. Tak ada jugak! Kecewa wajib ada sebab penat jalan+dongak+fokus tengok tajuk buku-buku tapi saya tak balik tangan kosong. Tengok apa saya jumpa.........



tadaaa....~~ buku terakhir Harry Potter! Akhirnya kita bersua! =')


OK. Saya tahu saya agak ketinggalan zaman. Fanatik HP yang lain semua dah habis baca, dah tahu apa ending dia, dah nangis-nangis *ada part sedih ke?* dah habis demam HP, saya baru je jumpa buku ni. Saya memang minat buku HP tapi mungkin tak sefanatik peminat-peminat fanatik yang berpusu-pusu beratur nak beli buku ni bila mula-mula dijual. Mak saya belikan buku ni bila demam HP dah habis. Senang nak ambil dan bayar. Tak ramai orang. hahah. Setakat ni, termasuk saya, baru tiga orang pinjam buku ni. Kulit luar dia pun dah koyak. Fuyoh..baru tiga orang pinjam, kulit luar dah koyak! Mantap~




Next story:

Minggu lepas saya ada pergi majlis berbuka di Masjid UTeM. Boleh tahan ramai jugak yang datang nak makan free. Yang pentingnya, saya kagum tengok bekas makanan dia. Biasanya orang taruk dalam polistrene, yang ni dia taruk dalam tray plastik.


Tiada sudu diberi.
Kalau anda, bagaimanakah caranya anda nak ceduk kuah kari itu? (10m)




Berbalik kepada balik kampung tadi. Balik kampung memang best. Makan best, tidur lepas nyamuk takde best, tidur masa hujan lebat best. Tapi yang tak bestnye, diriku yang lurus tak bertempat ni telah dikenakan oleh Abah pada suatu petang.


Situasi: Afiq terperasan sesuatu yang pelik di luar. Rumput ada yang warna perang dan ada yang warna hijau. Macam belang-belang pelik. Musykil.


Terjemahan pemandangan dari minda kepada lukisan yang tak berapa menjadi. =.=!



Afiq: Aik, kenapa rumput tu warna macam tu?
Abah: Tak perasan ke semalam?
Afiq: Tak perasan pun semalam! Kenapa dia macam tu?

Abah buat ekspresi kagum lalu memanggil Mak.

Abah: Ijan! *panggilan Abah kepada Mak* Tengok Afiq ni tak tahu kenapa rumput tu jadi macam tu!?

Afiq kehairanan. Aku ada tertinggal kereta api ke? fikirnya.

Abah: Rumput tu jadi macam tu sebab ada musim. (Abah berkata penuh yakin). Dia ada musim luruh. Kat kampung ni je ada macam tu.

Afiq mengangguk faham. Oh....ada musim rupa-rupanya rumput kat kampung, baru aku tahu.


Setiap info yang memusykilkan itu diterima bulat-bulat. Nak-nak Abah yang bagitau. Kalau Along ke yang bagitau, susah jugak nak diterima akal.


Tak lama lepas tu Abah gelakkan aku. Aku dah tertipu. Warna coklat tu sebab racun. Bukan sebab musim luruh. Adoi. Tak tahu kenapa tiba-tiba lurus benar diriku petang tu.




~Sekian~


moral: banyakkan baca pengetahuan am ya rakan-rakan..

Wednesday, August 11, 2010

Menu berbuka puasa hari pertama

Buat pertama kali semenjak berpuasa di Melaka, juadah berbuka tidak dibeli. Kami masak sendiri! Tak percaya? Lihatlah sendiri. Ini menu berbuka kami!




Ayam goreng saya




Tempe goreng bercili. Teringin nak makan. =)
Sedap puji, tak sedap diam. ngeh3..



Sayur kacang. Ros masak.




Cucur ikan bilis oleh Ros juga.



Sambal Ayu




Buah langsat ni siapa punya?



Teh Ros.




Penuh meja! Kira berapa lauk! Mewah! ^^



Hari pertama nak berbuka memang teruja lebih. Nak-nak hari ni Melaka cuti. Hari-hari seterusnya tak tahu lagi. hehe.



Selamat berbuka puasa!

Monday, July 19, 2010

Menu Makan Tengah Hari

Biasanya tunjuk gambar makanan yang makan kat rumah manis rumah, hari ini nak tunjuk gambar makanan yang dimakan di rumah sewa manis rumah sewa pula. ^^



Ini menu tengah hari tadi...



Chef-chef yang terlibat ialah Chef Ros dan Chef Afiq hoho. Konon-konon dah bergelar Chef ye? Sebenarnya saya masak biasa-biasa je, tak adalah sesedap Chef Wan masak, tapi bolehlah dibuat makan...hehe. *Eh, cakap macam pernah rasa je Chef Wan masak*


Yang penting, perut dah terisi, perut dah kenyang, perut dah gembira yay!


mood: Sakit, sakit, sakit, Tak ape, tahan Afiq. Sikit je tuh... :']

Tuesday, July 06, 2010

Sarapan pagi di rumah memang best

Selamat pagi! Dah sarapan? Semalam tengok TV nampak ada orang masak macam bubur. Jadi hari ini rasa nak makan bubur. ^^

Lauk untuk makan dengan bubur





Bubur dengan bawang goreng ditabur di atasnya





Bubur dan lauk setelah dicampur bersama-sama





Teh o mak buatkan sebelum pergi kerja =)





Duduk kat rumah boleh buat macam-macam untuk dimakan.






Mak buat nasi lemak pada hari minggu yang lalu





Pau pun ada, tapi saya makan pau kari sahaja, pau kacang ditengok sahaja






Ni.
dah lama teringin dapat pun makan.
Roti canai campur telur campur bawang ohhhhhh~~




Sebenarnya bukan sarapan je best makan kat umah. Makan tengah hari, minum petang, makan malam semua best. =D