Friday, June 18, 2010

Minum kopi di Coffee House (k-drama baru)

Gambar diambil dari http://www.dongdrama.com


Saya telah menjumpai satu drama Korea yang menarik!
Tajuknya: Coffee House.
Macam Coffee Prince pula tajuknya.
Sebab ada perkataan "coffee".
Coffee Prince tak berjaya ditonton sampai habis.
Mula2 teruja juga nak tengok Coffee Prince tu, tapi bila dah bakar (burn) dalam cd tak boleh buka pula.
Malas nak cari jalan penyelesaian maka tak tengok sampai habis. =_=!

Pada pendapat saya cerita Coffee House ni agak menarik.
Drama yang menepati cita rasa saya.
Saya suka cerita-cerita yang gembira, warna-warni, kelakar dan bahagia.
Cerita sedih-sedih tak minat.

Baru tengok dua episod je.
Tadi nak tengok episod tiga lepas tu ada apa masalah entah, jadi tak boleh tengok.
Haihhh.
Best woo cerita ni.
OK lah, saya bagi sinopsis sikit.


Memandangkan saya baru tengok dua episod je, ni jelah yang saya boleh cerita. Secara kasarnya, cerita ni berkisar tentang seorang penulis buku dengan seorang pembantu yang baru diambil bekerja. Penulis ni seorang yang amat cerewet, pembantu tu pulak tak cerewet mana pun. Penulis tu punya pensel, kalau asah mesti semua sama panjang. Kalau buat kopi, kena betul-betul ikut cita rasa penulis tu, dia tak minum kopi-kopi biasa nih. Macam-macam lah kerenah penulis tu, tapi itulah yang menariknya tentang cerita ni. =)

Pelakon-pelakonnya saya tak berapa kenal sangat.
Tapi ada satu yang saya kenal.
Pelakon yang berlakon sebagai girlfriend Gong Chan dalam drama My Girl.
Gambar dia ada kat poster di atas.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi laman web ni---------dongdrama

2 comments:

  1. Yup..Sy pun suke tgk citer ni, kelakar.

    (^.^)v

    ReplyDelete
  2. menarik ! nk try survey lah

    heyy jum jemput2 sini.haha

    ReplyDelete

Do you have something to say?