Kedai tu di Jalan Reko. Dekat-dekat dengan terminal bas yang tak ada bas yang pergi Melaka dan bas Melaka pun tak ada turun situ.
Masuk-masuk je kedai tu, suatu bau macam minyak angin menusuk hidung. Lagi sedap bau lavender kot. Nak masuk kena buka kasut. Bagus, kekalkan adab masuk rumah orang Asia. Lagipun lantai dia ada karpet.
Perkara-perkara pertama yang ditanya oleh pemilik kedai/pekerja kedai tu yang berbangsa Thai ialah:
1. "Massage?"
2. "One hour?"
3. "RM50."
Cakap orang putih tu, dik non! Saya ingat dia akan cakap stail-stail Kelantan, tapi tak pun. Lepas tengok pelanggan-pelanggan lain datang, baru perasan, tiga perkara itu je yang mereka tahu cakap kot. Perkataan-perkataan penting untuk kedai tu. Yang lain mereka cakap dalam bahasa Thai. Lagilah aku tak faham. kih kih kih. Angguk-angguk macam faham jelah.
Yang penting mereka memang mesra. Orang yang teman orang pergi berurut pun dapat minum teh sorang satu. takde sharing is caring. Mak aih... pelik betul rasa teh o tu. Tak manis. Bau pelik juga. Rasa pun pelik. Tak minum karang tak sopan pulak. Habis jugak lah saya minum haha. Sopan, sopan. ^^
Masa kami kat kedai tu, tak ramai pelanggan lagi jadi dapatlah kami lepak-lepak menikmati air-cond dalam kedai. Duduk luar panas woh. Dapat tengok Astro lagi kat dalam.
Lepas tu bunda ternampak ada majalah kat atas meja lalu pergi ambil. Nama majalah tu dalam bahasa Inggeris. Saya pun tertarik lalu ambil juga. Heh. Tajuk majalah itu telah memperdaya saya. Tajuk je dalam bahasa Inggeris! Yang lain dalam bahasa Thai cik Kiah! Saya rasa tak nak ambil, tapi segan pulak dah pergi tengok-tengok tapi tak ambil apa-apa. Maka saya pun ambil satu. =_=!
Majalah tu macam majalah Remaja versi Thai. Saya belek-belek tengok gambar je. Tajuk artikel kadang-kadang ada jugak yang dalam BI. Eh, ada cerita pasal kumpulan idol Korea 2PM lah! Nickhun tu kan dari Thailand...
p/s: Best ke pergi urut? Sakit tak??

haha... cik adik... itulah teh cina... mana boleh manis :D
ReplyDeleteso siti pegi urut ke tak? klu rm50 per hour tu murah la kot kan..
ReplyDelete@HenRy LeE: oohh...itu teh cina ke...?? baru saya tahu hehe. Tq 4 d info!
ReplyDelete@ajijah: saya x pergi urut pun. Ibubapa tak offer nak sponsor pun hehe
awk cute..
ReplyDeleteLOL XD
Delete