Tuesday, September 28, 2010

Just a dream





Review: Video klip ini bermula dengan seseorang mengocak-kocakkan air macam nak buat teh tarik. Daripada point of view dia, dia ternampak sebuah kereta macam terapung di udara. Dari point of view orang dalam kereta tu (Nelly), dia masih berpijak di bumi nyata. Tapi sebenarnya tak. Kereta dia memang terapung.

Kemudian muncul sebentuk Super Ring besar di hadapan kereta Nelly. Super Ring itu berpusing-pusing di hadapan kereta Nelly seakan-akan ingin memberitahu sesuatu. Nelly tiba-tiba teringat dia dah mandi semalam.

Tiba-tiba muncul seorang gadis entah dari mana berlari-lari mengejar Super Ring itu. Rupa-rupanya gadis itu girlfriend Nelly. Super Ring itu takut lalu pergi ke arah Nelly yang masa tu dah keluar dari keretanya yang terapung. Kembar Nelly yang berada dalam kereta pandang ke arah Nelly seakan-akan bertanya; "kenapa kau biarkan aku sorang-sorang kat atas ni?"


Girlfriend Nelly masih tak putus asa nak kejar Super Ring. Yelah, cincin besar, perempuan mana yang tak nak.


Nelly mengimbas kenangan lalu bersama girlfriendnya. Aku tak kisah cincin tu, aku ada Blackberry fikir Nelly.


Esoknya Nelly jalan-jalan lagi kat tepi pantai tu. Tengok2 Super Ring ada dekat2 dengan kereta dia. Tiba-tiba sesuatu yang terapung tu terbakar. Nelly abaikannya saja. Sebaliknya dia teringin nak menari kat kelab dengan wanita-wanita cantik sebab boring jalan sorang-sorang kat pantai.

Tanpa disedari, Super Ring terbakar di belakangnya. Mesti Super Ring tengah marah sebab Nelly tak peduli kat dia. Nelly angkat tangan nak tutup muka. Then kereta dia pulak terbakar. Nelly masih rasa nak menari walaupun berlaku adegan cemas itu. Tapi dia turut terkesima tengok keretanya terbakar. Kenapa mesti bakar kereta aku..? fikirnya.


Angin kuat pun tiba. Gunung berapi meletus dari dalam mata Nelly. Sebab matanya pun dah panas maka Nelly pun bertindak melarikan diri dari situ.


Contact lense Nelly pun pecah sebab air mata dah kering sebab panas dai gunung berapi meletus. Dia pun mesej kawannya guna Blackberry suh dia datang temankan dia pergi klinik. Tapi kawan dia tak nak temankan dia maka terpaksalah dia pergi sorang-sorang. Tapi on the way, matanya buat aksi air pancut pula. Oleh kerana sakit yang amat sangat, Nelly tak dapat drive so berhentikan kereta. Matanya dah di tahap kritikal. Anak mata, mata putih semua pecah macam gelas pecah.



Dia teringat dia dah mandi sebelum tu.


*********************************************************************************


p/s: Review ni sekadar suka-suka. Tak bertujuan memburukkan siapa-siapa atau apa-apa.

p/s/s: Saya suka lagu ni. Best.

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?