Saturday, November 06, 2010

Confessions of a food lover

Minggu ni memang minggu yang menyedihkan buat diriku. Tidak, perkara ini tidak melibatkan makhluk bernyawa yang lain. Makhluk yang tak bernyawa pun tak terlibat. Hanya saya, diriku dan aku.




Minggu ni saya mempunyai masalah Eating Disorder. Masalah pemakanan. Bagi yang tahu, saya seorang budak yang suka makan. Lebih tepat lagi, saya ialah seorang budak yang kena makan dan tidak boleh tidak makan bila tibanya waktu makan. Saya makan 5 kali sehari di rumah tapi di hostel saya makan 3 kali sehari. 




Kalau saya makan kurang daripada bilangan di atas, alamatnya meragamlah perutku. Orang-orang di sekelilingku pula akan rasa annoyed sebab nanti saya akan selalu cakap "Laparnya!" atau "Aku laparlah!!" atau apa-apa yang sama waktu dengannya. Mintak maaflah kawan-kawan. Mulutku hanya mahu meluahkan apa yang perutku rasa. =b





Minggu ni ialah minggu yang saya paling banyak membaham maggi. Rasanya dah tiga bungkus makan untuk minggu ni je. Maggi ialah makanan last choice saya kalau dah tak ada makanan yang nak dimakan dah. Makan sebab terpaksa. Seboleh-bolehnya memang tak nak makan maggi. Tapi atas sebab-sebab berikut, saya terpaksa.


1. Kedai agak jauh dari hostel. Kalau ada teman untuk beli makanan, best sikit. Sambil jalan sambil berbual tak lah terasa jauh sangat. Sebelum pergi beli, saya tunggu dulu ada kawan nak mesej tak , nak ajak turun beli makanan. Dulu saya yang selalu mesej mereka. Sekarang jarang, sebab takut direject. Ada orang yang tak makan tengah hari. Ada juga orang yang tak makan malam. Makan pagi pun. Saya tak sanggup di reject! Nanti saya akan rasa malas nak keluar beli makanan. Entahlah. Dalam hal ni, tiada yang sekepala dengan diriku. Aku ni terlebih kuat makan ke...????? Kadang-kadang kalau dah lapar sangat turun sorang je. Biarlah orang nak nak kata apa. Perut aku lapar!






2. Yang ni macam dah banyak kali komplen. Restoren jual makanan sama je setiap hari. AKU BOSAN!!!! Haritu taukeh satu restoren yang selalu saya pergi sebab terpaksa (dan paling dekat) tanya budak2 hostel saya selalu beli makanan kat mana? Sibuk dia promosi makanan dia dah turun harga dan suruh saya ajak orang beli makanan situ. Heh. Aku pergi ni pun sebab terpaksa. Kedai lain jauh pulak nak menapak. Kalau restoren itu jual makanan yang pelbagai, sedap dan murah saya boleh terima lagi. INI TIDAK!!! Kalau beli karang tak habis pulak makan.




3. Ya, kadang-kadang saya terasa malas untuk keluar beli makanan. Kalau ada orang baik hati yang nak hantarkan makanan alangkah bahagianya hidup.








4. Dah bosan makan nasik (nak-nak lauk sama). Nak keluar outing takde geng. Maggi je lahh..


Sedihnya hidupku. Kasihan perutku.










p/s: Haha. Ini entri lama tapi baru publish hari ni. Ni masa duduk kat hostel lagi semester lepas. Setakat ni nafsu makan saya masih normal. Harap2 sentiasa normal dan tiada ragam akan dilakukan. XD

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?