Friday, November 05, 2010

Pelakon drama pilihan (lelaki)

Selain jalan cerita yang menarik, pelakon-pelakon juga memainkan peranan penting untuk menambat anda menonton sesebuah drama. Bagi saya jalan cerita je best tapi pelakon tak best nak buat apa. Nak-nak pelakon yang harap pada rupa je lawa tapi lakonan ke laut. Sebagai penonton, kita mestilah nak tengok drama yang berkualiti di samping dapat mencuci mata hohoho. Kualiti itu penting. Bagi saya kualiti dan rupa dua-dua penting. Alah, dah nama pelakon. Mestilah nak tengok yang sedap mata memandang je kan? Nampak macam saya ni pilih kasih pulak. Memang pun. 


OK. Ini senarai pelakon-pelakon terbaik lelaki pilihan saya.




Ikuta Toma dalam drama Hanazakari no Kimitachi e. Panjang betul tajuknya. Lakonan beliau dalam drama ini sangat best sebab lakonannya menggeletek mata  perut. Dengan ekspresi muka yang selamba dan lawak memang best la tengok. Ya, wajahnya juga ada elemen komersial di situ. Kira pakej la. Cerita ni memang dah berzaman pun tapi saya baru tengok sem lepas..lambat betul. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bagi soft copy. Kalau tak tak tahu pun kewujudan Ikuta Toma.





Mizushima Hiro dalam Hanazakari no Kimitachi e (Hana Kimi) dan Mei Chan no Shitsuji. Beliau mempunyai bakat dan rupa yang menarik. Tengok tu kat gambar atas tu, jelingan tajamnya. Saja je ea kau ni Mizushima Hiro! Dalam Hana Kimi, wataknya gila-gila...lawak! Dalam Mei Chan no Shitsuji dia jadi butler yang sungguh perfect, bergaya, berdedikasi, bertimbang rasa dan macam-macam ber lagi. (confession-saya cair tengok beliau dalam Mei Chan no Shitsuji *blush*)





Hyun Bin dalam My Lovely Sam Soon. Wataknya pada awal-awal cerita ialah seorang yang tak friendly, muka nak ketat je sentiasa tapi muka handsome. Memang menyampah tengok dia berkelakuan macam bagus dalam cerita ni. Kira pandai la dia berlakon kan sebab ada orang menyampah kat dia. Last-last baru nampak sifat2 gentleman dan yang baik2..biasalah drama Korea. Nasib baik ada Hyun Bin dalam drama ni, kalau tidak memang I tak tengok kot cerita ni..hahaha... Tapi cerita ni memang best.





Lee Dong Wook dalam My Girl. Lee Dong Wook ialah pelakon Korea yang kacak yang pertama yang saya tengok kat TV. Sebelum My Girl tak pernah kenal dia pun. Masa My Girl baru kenal. Cerita ni besssttt lagi2 dengan kehadiran Lee Dong Wook. 




Kyle XY. Entah apa nama sebenarnya. Pertama kali tengok cerita ni terus OMG..hotnya lelaki itu. Terus "jangan kacau masa saya tengah tengok Kyle XY!" Satu episod pun dilarang tinggal. Tapi dapat tengok full episod masa season 1 je. Sebab lepas tu masuk matrik dah terlepas semua. 



Semua cerita yang disenaraikan di atas adalah best, ditambah pula dengan kehadiran pelakon-pelakon mantap di atas. Tiba-tiba rindu nak tengok My Girl walaupun dah sejuta kali tengok. Eh. Kenapa tiada pelakon dari Malaysia ni? Hm....


p/s: Teruja nak tengok Tomoki jadi pelakon =)




No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?