Sunday, November 07, 2010

Pelakon drama pilihan (wanita)

Dah banyak drama Korea dan Jepun yang ditonton dan kebanyakan pelakon-pelakon wanitanya memang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pelakon berjaya. Pakej lengkap itu termasuklah rupa yang menarik dan bakat lakonan yang hebat. Kebiasaannya pelakon-pelakon wanita Korea dan Jepun memang cantik dan comel. Kadang-kadang ada dalam satu drama tu hero dia tak hensem pun tapi heroin cantik. Dalam drama Korea dulu-dulu contohnya...mana ada hero hensem? Nasib baik heroin lawa dan cerita best.


Jujurnya saya ambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan pelakon-pelakon wanita yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam list ni. Tak tahu nak buat pilihan. Masa buat entri pelakon lelaki laju je ngehehehe.



UEE berjaya membuatkan saya meluat melihat kemunculannya dalam drama You're Beautiful. Bukan sebab saya tak suka UEE tapi watak dia yang menyampah memang menyampahkan untuk ditonton. Part baik punya ialah yang masa dia pura-pura jadi baik tapi bila orang dah tahu dia berlakon je jadi baik, proses transformasi dari baik kepada jahat dalam sekelip mata tu memang bravo! Menjadi! Cara dia transformers ialah dengan menyeka rambut di tepi lepas tu buat muka macam bagus. 




Eugene dalam drama 3 Dads One Mom mempunyai dua fasa watak. Fasa pertama; selepas kahwin. Dia kahwin dengan seorang lelaki yang sangat mementingkan kawan-kawan baiknya. Perangai dia masa ni ialah dia sangat benci dengan kawan-kawan suaminya sebab...well..kalau suami anda asyik hang out dengan kawan je siapa suka kan? Lepas tu dah lah suka hang out rumah dia. Semak je! *emosi* Fasa kedua ialah lepas suaminya mati. Macam-macam perangai. Masa tu dia dah beranak. Rumah kena jual sebab tak bayar hutang. jadi dia pun tinggal dengan kawan-kawan suaminya. Tulah dulu marah-marah diorang, tengok sekarang siapa tolong? Eugene suka buat perangai yang menyusahkan orang dan annoying juga walaupun tiada niat di hati.




Shida Mirai dalam Seigi no Mikata. Wataknya ialah kakak yang berjaya dalam segala aspek tapi seorang pembuli terhadap adiknya sahaja. Dia akan lakukan apa saja demi dapatkan apa yang dia nak melalui adiknya. Kalau adiknya tak dapat buat baru dia buat. Dan kalau ada sesuatu yang meng"annoy"kan dia, dia akan cakap depan2. Perkara yang dia cakap tu biasanya orang tak cakap depan-depan sebab takut orang kecik hati. Tapi dia tak peduli. Kalau dia tak suka, mesti kena cakap.



Park Shin Hye dalam You're Beautiful. Sebelum ni dia pernah berlakon Prince Hours tapi tak berminat nak tonton. Anyway, dia menyamar jadi lelaki dalam cerita ni. Comel kan Park Shin Hye! Kena berlakon jadi watak lelaki kot baru orang kenal! Selain lakonan, bakat nyanyiannya juga diketengahkan dalam cerita ni. Sedap la jugak suaranya. Tapi suaranya memang suara perempuan. Kata menyamar jadi lelaki, tapi suara sah-sah perempuan? XD




Lee Da Hae dalam My Girl. Comel sungguh beliau dalam drama ni. Dahlah baju semua comel-comel dan bergaya. Wataknya pun happy go lucky dan pandai bohong. Tapi yang paling mengesankan saya ialah part dia tahan nangis masa nak berpisah dengan Gong Chan. Oh. Sungguh sedih. Sampai jatuh terduduk di kaunter tiket. T_T




Setelah diamati, saya dapati pelakon-pelakon yang masuk dalam senarai perlulah menjadi watak annoying. Sebab kalau jadi mereka bawakan watak tu dan penonton meluat tengok kemunculan dia, memang sah pandai bawak watak tu. Pandai berlakon la tu kiranya. Jadi kalau nak ukur anda pandai berlakon ke tak, sila bawa watak annoying. 

Sekian.




No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?