Monday, January 16, 2012

Cash Cab Asia

gambar: Google.

Siapa pernah menonton program Cash Cab Asia(CCA) di AXN? Di Malaysia pun ada juga rancangan begini, tapi namanya Teksi Tunai. Ideanya ialah penumpang teksi ni akan berpeluang memenangi wang tunai jika berjaya menjawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul. Sangat menarik, kan?

Teksi Tunai hanya beroperasi di Kuala Lumpur. Saya rasa dah tak ada dah Teksi Tunai di Malaysia ni. Rancangan ni dah lama tamat. Tolonglah adakan balik Teksi Tunai ni. Tolong? Sesiapa? -terdesak- Kalau saya jalan-jalan di KL dan tiba-tiba rasa nak naik teksi, dan tiba-tiba ternaik Teksi Tunai, dan dapat jawab banyak soalan dengan betul, boleh menang duit. T^T

Sekarang ni saya bukan nak cakap pasal Teksi Tunai. Saya nak cakap pasal Cash Cab Asia. Cash Cab Asia takes place in Singapore. Ya, negara jiran kita yang belum pernah dijejaki saya. Ada plan nak pergi hehehe tapi kena kumpul duit dulu. Nak duit kena naik teksi tunai. tapi teksi tunai takde dah. -sedih- 

Lepas menonton beberapa episod CCA, saya mendapati bahawa rakyat Singapura mempunyai pengetahuan yang agak luas. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya ialah majoriti soalan-soalan yang ditanyakan oleh pengacara ialah soalan yang susah yang saya tak tahu jawapan, tapi mereka dapat menjawab. 

Oh by the way, soalan-soalan yang ditanyakan kebanyakannya ialah pengetahuan am, hiburan, movies, entertainment, geography etc.


Contoh soalan-soalan Cash Cab Asia (yang saya cipta)

Who wrote these novels: And Then There Were None, Towards Zero, Star Over Bethlehem?
What is the tallest building in USA as in January 2012?
What is the name of the lead boy character in the movie How to Train Your Dragon?


Adakah anda tahu jawapannya? Anda hanya ada 10 saat untuk menjawab. 
Sesungguhnya kalau saya tengok ada peserta yang dapat jawab soalan yang saya tak tahu tu, saya rasa agak tercabar. Saya rasa macam pengetahuan am saya masih sangat lemah. Tapi dia siap ada bagi soalan lagu-lagu lama era80-an, filem-filem lama, dan tentang sukan yang memang saya tak tahu. Adakah mereka ni dengar semua lagu, menonton semua filem dan membaca semua novel? -pengsan-

Nampaknya saya masih kena banyak membaca lagi. 


jawapan:
Agatha Christie
One World Trade Center
Hiccup


No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?