Monday, January 16, 2012

Rocket

Semalam  saya ingat nak join kakak saya tonton Merlin kat TV3 jam 10 malam. Tapi sementara nak tunggu jam 10 tu, tak ada program menarik untuk ditonton untuk mengisi masa. Saya pun sambil tonton TV sambil facebook mobile :3. Kakak saya pun tukar-tukar siaran di TV dan tiba-tiba dia berhenti di channel B4U. Channel Bollywood. Homai. Bollywood? Serius? Saya dah 10 tahun tak tengok Bollywood -gelak kuat-kuat- XD

Sambil facebook, sambil jeling-jeling kat TV. Tak berminat pun nak tengok pada mulanya. Saya bukan jenis yang suka tengok cerita Bollywood. Sebab saya stereotaip cerita Bollywood mesti ada menyanyi, menari ramai-ramai, golek-golek atas padang dan polis-polis. Tapi cerita ni, tak menampakkan ada adegan menyanyi dan menari. Cerita ni lain dari cerita Bollywood yang lain. Saya berminat.

Saya rekomenkan untuk anda semua tengok: Rocket Singh: Salesman of The Year.



Kenapa? Sebab saya sangat jarang tengok cerita Hindi, dan bila saya tengok dengan penuh dedikasi, maknanya cerita ni BEST.


Cerita ni mengisahkan tentang Harpreet Singh Bedi, yang baru dapat kerja jadi salesman di sebuah syarikat. Sesuatu terjadi yang menyebabkan HSB diejek oleh rakan-rakan sekerjanya dan tugasnya dikurangkan oleh bosnya. HSB yang dari awal tidak bersetuju dengan cara syarikat tu menjalankan operasi (dengan cara menipu klien dan menawarkan harga mahal) mencari klien secara diam-diam dan menjalankan bisnesnya sendiri tanpa pengetahuan bos dan pekerja-pekerja lain dan bisnes rahsianya itu telah berjaya menandingi hasil dari syarikat tempat kerjanya. Nak review lebih lanjut, klik sini: http://lifestyle.iloveindia.com/lounge/rocket-singh-salesman-of-the-year-review-6565.html


Cerita ni mula jam 9 dan habis jam 11.30. Saya tak sangka saya tengok cerita Hindustan di larut malam ketika keluarga saya semua sudah tidur! T^T Oh dan kakak saya terpaksa masuk tidur dalam jam 10.30 kerana esoknya dia kerja dan kena bangun awal. 

Saya boleh relate cerita ni dengan diri saya sebab saya teringat masa saya jadi pelatih di sebuah organisasi dulu. Awkward and lost. Haha. Kan best kalau saya boleh buat macam HSB. Salesman. Berjaya. Banyak duit. haihhhhhhhhhh...

Sila tonton cerita ni kalau anda belum tonton ya! ^__^


p/s: Ingat nak buat pizza, tapi yis dah tamat tempoh, tahun 2010. Dah dua tahun saya tangguhkan nak buat pizza rupanya. ><



No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?