Friday, January 20, 2012

Musim Kek

OHOHOHOHO~ musim Mak saya buat kek tiba lagi! Kali ini Mak saya buat tiga biji kek yang berlainan! Kek keju, kek "all occasion" dan kek coklat pisang! Mak biasanya hanya akan buat kek sekiranya ada majlis dan bila Mak rasa Mak nak buat kek. Setiap kek ini Mak saya buat dua biji. Satu untuk orang, satu untuk rumah. Weheee! Yang untuk orang punya Mak buat saiz besar, yang untuk rumah punya Mak buat saiznya kecil sikit. Bak kata Mak: "Cukuplah untuk rasa je kan~"

Dah lama saya tak makan kek keju. Akhirnya impian menjadi nyata~

Rupanya tak berapa nak nampak sedap, tapi rasa dia memang sedap.


Licin pinggan i tau!



Lepas dah berjaya buat pizza haritu, tiba-tiba teringin pulak nak buat kek. Macam best je. Rasa nak buat puding karamel juga. Rasa nak buat macam-macam! Macamlah hebat sangat kan? :P


p/s: Tiba-tiba semangat nak cuba masak macam-macam. Penangan selalu tengok program masakan di TV seperti Top Chef, Masterchef, Hell's Kitchen, Junior Masterchef la ni! XD


p/p/s: Resepi tidak disertakan.

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?