Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Friday, October 05, 2012

Double Down

Selesai sudah interview sesi kedua! Marilah kita tawakal. :)

Lepas baca blog Hanis Zalikha pasal burger baru KFC, saya teringin pula nak makan. Dah lama tak makan di KFC. Jadi, lepas habis je interview, kami singgah di Drive-through /pandu lalu KFC. OK, saya tak tahu pun KFC ada pandu lalu. /bricked/

KFC ZINGER DOUBLE DOWN! TAK SEMPAT NAK TANGKAP GAMBAR FULL BURGER SEBAB MAK DAH POTONG JADI SEPARUH DENGAN LAJU. Burger ni tiada roti. Sebaliknya, pattynya diapit oleh dua kepingan ayam goreng yang rangup dan ajksdhjasdhjasdhjsadhasjdh (sila baca sebagai ucapan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata). Kemudian dia antara kepingan daging-daging ayam tu, ada keju pula! Mak dapat keju yang boleh tarik-tarik tu, saya dapat keju keping je, tapi takpe, saya suka juga HAHA! Makan separuh sahaja pun dah rasa agak kenyang, kalau makan satu burger tu, memang kenyang kali dua. Double kenyang agaknya bagi orang-orang cepat kenyang seperti saya. Tapi kalau sedap, dah kenyang pun boleh sumbat lagi. 



Block B dah release teaser photos untuk Match Up! Kyahhh! akshdkashdjaskhdjashdjsahd << spazz lagi. Wajiblah download gambar suami tercinta U-Kwon dan dijadikan background untuk talipon dan laptop. 



Ahh.. style-nya! 


Saranghae U-Kwonnie~ 



Tak sabar nak tengok Match Up! 


Block B nak datang Malaysiakah? Bulan November? aksdhkajshdjasdhjashfjahfhajshfjaskfhajsfhjahf NAK PERGI! AKSDJKAHDJASHDJHSAJHDJSAKDHJASKDHAHJKD


Doakan saya. =)








Wednesday, October 03, 2012

Memang Sedap

Hujung minggu lepas, kami balik Tampin. Beberapa hari sebelum tu, Mak Ngah talipon, dan dengarnya nak hantar rombongan merisik seorang anak dara di Tanjung Kling. Saya tak pernah ikut rombongan orang merisik. Macam best bunyinya kan? Kan? Tak? Kbye.

Sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Biasalah kat kampung, mulut tak berhenti mengunyah kan. Kuih raya haritu pun masih tak habis lagi, Puan bising suruh makan. Saya nampak ada kerepek pisanag dengan kerepek bawang, apa lagi, balun je lah kan. Sedap gila. Lepas tu pagi2 tu ada pisang goreng dan nasi goreng untuk sarapan. Bahagia perut saya. Lepas tu Puan dan Mak pun siap-siap nak masak untuk tengah hari. Saya tengah tonton TV cerita kat TV2. Gila cerita tu. Sangat psaiko. Macam mana nak eja psycho. Ha. Pasal sorang budak perempuan yatim, dia diambil jadi anak angkat oleh sepasang suami isteri yang dah 10 tahun takde anak. Budak ni ada masalah mental sebab dia selalu kena dera masa tinggal dengan mak bapak kandung dia. Alih-alih dia pergi bunuh pulak mak bapak angkat dia tu. Ngeri dan psycho. Saya tak tahu apa moral cerita ni. Dan saya tak tahu kenapa saya boleh tengok cerita ni sampai habis. T___T

Masa tengah tengok TV, Puan seperti biasa panggil saya dengan adik saya, Min, suruh makan semua benda kat dapur tu. 
Saya pun macam " Okay, kejap lagi dah nak makan tengah hari dah ni, nantilah Puan." 
Puan pulak pergi bukak almari makanan dia. "Ni Pak Long ada beli Maggi. Puan makan je apa Pak Long beli ni, makanlah ni, ambik satu, makan. Pergi masak air blablablablabla" kata Puan. 

And I was like. "Dah nak makan tengah hari dah ni ..."
And Puan was like "Cuba rasa, ambik satu, rasa, pergi masak air tu............"
And I was like ".......... Okay." dan terkedek2 pergi bukak pintu almari. Ada Maggi kari dengan Mi Sedaap perisa asli. Saya tak pernah makan Mi Sedaap goreng, jadi saya pun ambillah yang Mi Sedaap punya. Puan kata sedap. 


Yang nilah. src: Google

Cara nak buat Mi goreng segera lain sikit dengan mi yang bersup. Dia kena rendam dulu mi dia, lepas tu toskan airnya. Lepas tu gaulkan mi dengan perasa-perasa dia. Lepas gaul-gaul semua benda, saya pun cuba sesuap. Memang sedap! :'D Masa saya tengah buat mi tu, Puan tanya Min nak ke tak, dan suruh dia pun satu paket untuk sendiri. LOL. Kami kongsi je. ='D Saya rasa kalau Puan kasi saya makan lagi satu paket haritu memang saya makan HAHAHAHA.


Lepas sesi risik merisik selesai, kami pun pulang. Saya masih termimpi-mimpi Mi Sedaap goreng tadi amboi. Rasa nak beli satu paket tau. Jadi harini masa pergi 7Eleven untuk beli paper, saya pun beli satu paket. Memang satu paket je. RM1.30. Tapi bukan yang perisa asli. 


Perisa sambal goreng. Nampak macam sedap je. src: Google

Tak sabar nak makan mi ni masa sahur nanti. Saya dah siap-siap simpankan udang salut goreng dengan telur mata kerbau dah untuk makan dengan mi ni nanti masa sahur. Tinggal nak sahur je. Tolong kejutkan saya kalau saya tak bangun! Ehehehek.



Doakan saya dapat interview #2. Gah, tak dapat bayangkan kerja shift malam 7pm-7am. Akan jadi kelawar /burung hantukah? XD




Friday, February 17, 2012

Makan.

Pertama kali pergi Sushi King:


Sotong warna merah.


Ini tak tahu apa. 


Saya punya. Ayam dia tiga ketul je. -sedih-
Mi dia besar, dan agak melekit-lekit. Not my taste. T_T
Tapi kalau makan mi tu dengan ayam dia, rasa sedap.


honey lemon drink. Rasa madu menguasai. Saya nak rasa lemon lebih! D:


Nuha dan Steph punya. Nampak sedap dan banyak.


Lin punya. Sedap! ^_^

Sushi tuna saya! Sedap! ^_^


Saya baru dapat tahu bahawa Sushi King tiada logo Halal? O_O








Wednesday, January 25, 2012

Saya dapat coklat!

Ada Dairy Milk, ada Daim, ada Hersheys, ada Elven dan macam-macam lagi. 

Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Nyssa sebab ingat kat saya masa beli coklat kat Langkawi T^T. Sebab nak coklat ni, saya sanggup tadah telinga mendengar syarahan dari Bonda. Takpelah, janji dapat coklat. Sebab nak coklat ini juga, pertama kali saya jalan-jalan cari hostel dalam UKM. Saya pernah masuk UKM sebelum ni, tapi sekadar pergi pejabat Abah atau.. pergi court tennis. Masuk dalam-dalam sampai jumpa Fakulti Sains dan Teknologi juga tak pernah. Tapi tadi dah jumpa bangunan Fakulti Sains dan Teknologi. :3


p/s: Tolong tepati masa. T___T

Saturday, January 21, 2012

Coklat Pisang

Kek coklat pisang.


Pisangnya ada kat dalam kek tu. Sedapnya. Ahhhh~ Jemput makan semua~


p/s: Malam ni saya kena masak untuk makan malam. Nak masak apa ni? T^T
p/p/s: Resepi tidak disertakan sebab bukan saya yang buat hehe. :P

Friday, January 20, 2012

Musim Kek

OHOHOHOHO~ musim Mak saya buat kek tiba lagi! Kali ini Mak saya buat tiga biji kek yang berlainan! Kek keju, kek "all occasion" dan kek coklat pisang! Mak biasanya hanya akan buat kek sekiranya ada majlis dan bila Mak rasa Mak nak buat kek. Setiap kek ini Mak saya buat dua biji. Satu untuk orang, satu untuk rumah. Weheee! Yang untuk orang punya Mak buat saiz besar, yang untuk rumah punya Mak buat saiznya kecil sikit. Bak kata Mak: "Cukuplah untuk rasa je kan~"

Dah lama saya tak makan kek keju. Akhirnya impian menjadi nyata~

Rupanya tak berapa nak nampak sedap, tapi rasa dia memang sedap.


Licin pinggan i tau!



Lepas dah berjaya buat pizza haritu, tiba-tiba teringin pulak nak buat kek. Macam best je. Rasa nak buat puding karamel juga. Rasa nak buat macam-macam! Macamlah hebat sangat kan? :P


p/s: Tiba-tiba semangat nak cuba masak macam-macam. Penangan selalu tengok program masakan di TV seperti Top Chef, Masterchef, Hell's Kitchen, Junior Masterchef la ni! XD


p/p/s: Resepi tidak disertakan.

Saturday, October 15, 2011

Nomnomnomnom

Kacang salut tepung

Mak buat kacang salut tepung tadi. Hampir satu besen. Dah lama tak makan! Bila dah siap goreng, tunggu sejuk sikit, lepas tu ngap! krak kruk. Sedap! 
Kawan-kawan Mak tak percaya Mak tahu buat kacang salut ni. Saya pasti nanti bila Mak bawa pergi sekolah nanti, bila balik, tinggal tupperware kosong je. Macam biasa. :P

Resipi tidak disertakan. Nomnomnomnom (bunyi makan)