Sunday, February 05, 2012

Pavilion

Yehay! Akhirnya saya berjaya menjejak kaki ke Pavilion, Kuala Lumpur! Walaupun jarak antara KL dan Bangi hanya beberapa jengkal (baca +-40 minit kalau naik kereta sendiri), tapi setelah 22 tahun hidup, baru saya berjaya sampai ke Pavilion! OHOHOHOHO! Tahniah kepada diri sendiri! -tepuk tangan-

Kepada penduduk Bangi yang menggunakan khidmat kenderaan awam yang tak pernah pergi Pavilion, ini saya bagi petunjuk untuk ke sana. -senyum-

Mula-mula naik Komuter.
Bangi >>>> KL Sentral.

Kemudian, naik Monorel
KL Sentral >>>> Bukit Bintang.

Yang ambil komuter dari arah Seremban ke atas boleh guna panduan ni juga okey.

Selepas membeli belah apa yang diingini, kami (saya dan Nuha) terus ke medan selera untuk mengisi perut yang meronta-ronta minta diisi. Lepas pusing separuh medan selera, kami membuat keputusan makan di Teppayanki.

Mulanya memang susah nak buat keputusan nak makan apa, sebab tak pernah makan kat situ. Lepas fikir-fikir dan fikir dan fikir, saya pilih chicken breast masak apa entah yang siap dengan nasi dan sayur sekali.



Nasi dan sup sampai dulu. Pakai chopstick hokey. Sudu juga disediakan untuk hirup sup. Tapi lepas saya tak berjaya makan nasi guna chopstick, sudu sup digunakan untuk makan nasi. 


Ini lauknya. Ada dua sayur dengan satu lauk. Tukang masak dia masak kat depan pelanggan. Jadi boleh nampak kalau dia tertumpahkan garam kat dapur. -kisah benar- Taugeh tu sedap! Rasa nak makan kuey tiow bila nampak taugeh.


Di depan pavilion ada pameran United Buddy Bear. Ada banyak bear dari banyak negara, setiap negara ada design bear tersendiri.


Ini bear dari mana tak tahu.
OMG. Saya baru lepas Google ni:

United Buddy Bear Photo Contest
WIN prizes worth up to RM3,000!

Snap a photo with the international exhibition of United Buddy Bears and enter the contest with any spend centre-wide.

*Contest forms available at Concierge Desk, Level 3.

Venue: Centre-wide
Date: 31/12/2011 - 15/02/2012




Ada contest? Gahhhhhhhhhhh!!! Menyesal tak Google dulu sebelum datang! Kalau tak boleh ada peluang menang RM3000! -menangis bawah katil- Siapa nak pergi Pavi lagi? JOM? T___T




Gambar bukti dah datang Pavilion eheh. somebodypleasetakemethereNOWWW



I gotchuuuuu under my skin. Ze smell is quite nice. Ni ialah losyen tangan ok kawan-kawan. =)



p/s: Nuha bawak Key photobook, taem photobook, onewside dvd dan macam2 untuk kasi saya tengok. T__T Berat. Kesian my yeobo. T___T Thank youuuuuuuu! <3 Taemin photobook OMGAHHHHH sho cute -dies- Key photos gahhhhhhhhh -double die- Onewside DVD GAHHHHHH -spazzing forever- i miss Jonghyun and Minho. =(
p/p/s: Nasib baik ada pembalut hadiah lebih dari sem lepas.

2 comments:

  1. yeah...i pon x pnh smpi pavi lg....kah3

    tahniah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! silalah pergi! seronok! :3

      Delete

Do you have something to say?