Friday, May 16, 2014

Subang experience

Salam.

Saya berpeluang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada Rabu & Khamis lalu. Hari Isnin minggu depan hari terakhir saya perlu bertugas di sana. Saya belum pernah memandu ke Subang. Kebiasaannya saya hanya menaiki tren/bas. Subang kan banyak kereta. Naik pengangkutan awam je senang.

Dari Bangi, saya ikut plus Highway , terus je ke plaza tol Sungai Besi, lepas tu ambil first exit ke Sunway Lagoon.Kemudian saya kekal lurus je, sampai tol Awan Besar, kemudian tol Sunway. RM8 dari Bandar Bukit Mahkota ke plaza tol Sunway. itu baru kos perjalanan pergi. Kemudian, saya ambil exit Kewajipan & kena buat U-turn. Stay di lane kanan dan pandu terus je, ikut signboard Subang Airport.

Punyalah banyak kereta di Tol Sungai Besi kalau sayakeluar rumah jam 07:10AM. Macam kena himpit je rasa. Memang rasa mencabar & kena pandai mencelah sambil bagi signal nak masuk lane yg diingini. Tapi semalam saya keluar rumah jam 07.15, lepas tol takde banyak kereta macam hari Rabu. Jadi, kalau nak elak sesak lepas tol, silakeluar lambat sikit. 

Pengalaman di Subang Airport atau kodnya SZBAP, agak menarik. Saya di situ sempena penganjuran "IT Clinic" dan saya salah seorang "doctor IT" di situ. Tapi tak ramai pun pesakit datang. Kurang 20 pesakit je. Memang payah melawan mengantuk hahahah tapi sebab tak payah jawab telefon macam di office, saya sukalah. Relaks je, rasa macam diberi days off dari kerja office yang mengundang stressed.

Selain merelakskan diri, dapat juga merelakskan mata, melihat orang lalu lalang di cafe tu ( IT Clinic tu berlangsung di cafe MHub), dapat makan dengan kawan2 baru setelah sekian lama makan seorang diri di office. Boleh borak2, kongsi pengetahuan & pengalaman, kiranya bestlah bertugas di sini sebab rasa lebih bebas. Nak break 10 kali pun boleh kalau xde pesakit datang. Kalau kat office tu break boleh 2 kali je, tupun pun 15minit per break. Nak berak lama2 pun tak boleh. Haih.


Minggu ni saya kena kerja 6 hari, so unfair. Tapi takpe, sebab Isnin depan pergi Subang, tak payah dengar user meleter kat telinga. I'm happy enough. =)

p/s: Nak balik Bangi, kalau tak nak ikut Federal Highway yang confirm2 jammed lepas office hours, saya ikut Exit PutrajayaPuchong (LDP), lepas tu ikut Highway Elite. Bebas dari jammed. Tapi mengantuk sikit lah drive ikut situ sebab macam takde apa2 menarik di sepanjang jalan. Jadi sila nyanyi kuat2 dalam kereta.
Till next update,

No comments:

Post a Comment

Do you have something to say?