Showing posts with label makan free. Show all posts
Showing posts with label makan free. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Jenis-jenis pengunjung majlis hari raya UTeM

Hari Rabu yang lalu UTeM menganjurkan majlis hari raya. Terima kasih kepada En Azman sebab batalkan kelas pada jam 11 sebab bolehlah kami pergi makan percuma tanpa had! Mula-mula saya ingatkan tak dapat pergi sebab ada kelas dari pukul 11 sampai 1. Hohoho...gembira sungguh bila tau kelas batal. Bila lagi boleh makan free kan...! Lagipun ini majlis raya saya terakhir di UTeM. ='(


Staf, pelajar, pensyarah, pegawai, makcik cleaner, pak guard semua dilihat mengambil peluang keemasan pergi ke depan perkarangan Dewan Besar. Rasa-rasa diorang dah sampai sebelum pukul 11 lagi. Masa tengah jalan-jalan cari makan di sekitar perkarangan Dewan Besar tu, saya sempatlah memerhatikan gelagat-gelagat mereka semua. Sambil tunggu sate siap bakar, cuci mata kejap. Dah lama tak cuci mata. Selama ni duduk dalam makmal je. =b


Setelah melakukan pemerhatian, saya dapati pengunjung-pengunjung Jamuan Hari Raya UTeM terdiri daripada mereka yang:


1. Jenis jalan beramai-ramai. Satu pergi sini, semua pergi sini. Satu pergi sana, semua pergi sana. Sepakat membawa berkat. Jalan kena dekat-dekat nanti takut terpisah. Yelah, ramai orang kan..

Adik-adik, cepat ikut abang naik atas ni....~



2. Jenis jalan sorang-sorang. Ada jugak kelihatan beberapa orang yang lone ranger. Mungkin dia dah berjanji nak pergi dengan seseorang sebelum ni tapi kawannya batalkan hasrat maka terpaksalah dia sorang-sorang. Tak kisah. Asal dapat makan freeeeeeee. Nak pergi mana-mana pun tak kisah. Tak payah tunggu-tunggu orang lain. Cepat, pantas, kenyang.

A lone power ranger.



3. Jenis ambil satu jenis makanan one at a time. Dah dapat lontong, maka carik port untuk duduk then menikmatinya. Dah habis lontong baru carik makanan lain lagi. *saya la tu* Orang macam ni adalah yang penyabar. Relaks. Cool. *sebenarnya lapar maka apa yang ada di tangan dimakan dulu*



4. Jenis ambil makanan banyak-banyak tak cukup tangan nak pegang. Ada yang campurkan aneka jenis makanan dalam satu pinggan je, ada juga yang ambil banyak-banyak pinggan. Kalau dia dah ada port, letak makanan tu kat port, suruh kawan jaga, then pergi lagi untuk ambil makanan lain lagi. Senang. Dah kumpul semua yang dihajati nanti lepas tu boleh terus pergi ke port, duduk, makan, tak hiraukan orang lain, kenyang. Ni jenis orang yang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Agak effektif cara ni.


5. Jenis tak guna pinggan. Ada yang ambik banyak-banyak makanan pegang di tangan sahaja. Mungkin pakai pinggan merimaskan dia sebab nanti nak kena cari tong sampah untuk buang lepas dah siap makan. Buang masa. Nak cari tong sampah satu hal. Masa itu boleh diguna untuk beratur kat gerai kebab yang barisannya dah macam ular. Teknik ni boleh diaplikasikan untuk makanan-makanan macam kebab, sate, roti dan ais krim kon. Makanan macam nasi, mi sup, spaghetti kena guna pinggan jugak.



Rasa-rasanya itu je kot kategori-kategori pengunjung-pengunjung di majlis hari raya UTeM. Agak puas hati pergi makan situ. Semua sedap-sedap. Tapi cuaca panas sikit. Tak apa, demi makan percuma!




*dah lama tak puasa rasa lemah pulak tak makan. Bertahan Afiq!*

Friday, August 27, 2010

Kisah di kampung

Minggu ni saya balik kampung lagi! Saya balik dua kampung, satu di Tampin; lagi satu di rumah manis rumah di Bangi. Buat pertama kali semenjak dah pandai balik sendiri, Abah datang jemput kat rumah sewa! Woohoo!! Memang gumbira habislah. Kebetulan Melaka ni on the way je nak pergi Tampin tu, jadinya bolehlah nak jemput. Kalau tak, takdenye..heh heh. Tq Abah, you're the best!



Sebelum tu nak bagitau, memandangkan hati masih tak berapa nak puas gagal cari buku Fiber Optic dan IPv6 pada kunjungan ke perpustakaan tempoh hari, maka minggu lepas *tak ingat hari apa* pergi lagi library nak cari jugak buku-buku tu. Tengok satu-satu buku kat rak. Belek mana-mana buku yang rasa macam ada kaitan. Tak ada jugak! Kecewa wajib ada sebab penat jalan+dongak+fokus tengok tajuk buku-buku tapi saya tak balik tangan kosong. Tengok apa saya jumpa.........



tadaaa....~~ buku terakhir Harry Potter! Akhirnya kita bersua! =')


OK. Saya tahu saya agak ketinggalan zaman. Fanatik HP yang lain semua dah habis baca, dah tahu apa ending dia, dah nangis-nangis *ada part sedih ke?* dah habis demam HP, saya baru je jumpa buku ni. Saya memang minat buku HP tapi mungkin tak sefanatik peminat-peminat fanatik yang berpusu-pusu beratur nak beli buku ni bila mula-mula dijual. Mak saya belikan buku ni bila demam HP dah habis. Senang nak ambil dan bayar. Tak ramai orang. hahah. Setakat ni, termasuk saya, baru tiga orang pinjam buku ni. Kulit luar dia pun dah koyak. Fuyoh..baru tiga orang pinjam, kulit luar dah koyak! Mantap~




Next story:

Minggu lepas saya ada pergi majlis berbuka di Masjid UTeM. Boleh tahan ramai jugak yang datang nak makan free. Yang pentingnya, saya kagum tengok bekas makanan dia. Biasanya orang taruk dalam polistrene, yang ni dia taruk dalam tray plastik.


Tiada sudu diberi.
Kalau anda, bagaimanakah caranya anda nak ceduk kuah kari itu? (10m)




Berbalik kepada balik kampung tadi. Balik kampung memang best. Makan best, tidur lepas nyamuk takde best, tidur masa hujan lebat best. Tapi yang tak bestnye, diriku yang lurus tak bertempat ni telah dikenakan oleh Abah pada suatu petang.


Situasi: Afiq terperasan sesuatu yang pelik di luar. Rumput ada yang warna perang dan ada yang warna hijau. Macam belang-belang pelik. Musykil.


Terjemahan pemandangan dari minda kepada lukisan yang tak berapa menjadi. =.=!



Afiq: Aik, kenapa rumput tu warna macam tu?
Abah: Tak perasan ke semalam?
Afiq: Tak perasan pun semalam! Kenapa dia macam tu?

Abah buat ekspresi kagum lalu memanggil Mak.

Abah: Ijan! *panggilan Abah kepada Mak* Tengok Afiq ni tak tahu kenapa rumput tu jadi macam tu!?

Afiq kehairanan. Aku ada tertinggal kereta api ke? fikirnya.

Abah: Rumput tu jadi macam tu sebab ada musim. (Abah berkata penuh yakin). Dia ada musim luruh. Kat kampung ni je ada macam tu.

Afiq mengangguk faham. Oh....ada musim rupa-rupanya rumput kat kampung, baru aku tahu.


Setiap info yang memusykilkan itu diterima bulat-bulat. Nak-nak Abah yang bagitau. Kalau Along ke yang bagitau, susah jugak nak diterima akal.


Tak lama lepas tu Abah gelakkan aku. Aku dah tertipu. Warna coklat tu sebab racun. Bukan sebab musim luruh. Adoi. Tak tahu kenapa tiba-tiba lurus benar diriku petang tu.




~Sekian~


moral: banyakkan baca pengetahuan am ya rakan-rakan..

Saturday, August 21, 2010

Kisah di kaunter tiket bas

Situasi :
Seorang pelajar yang teruja nak beli tiket balik kampung beratur di kaunter tiket yang ramai orang beratur.



Pelajar: Tiket 3 haribulan petang ada tak?

Makcik tiket: Pukul 5.

Pelajar: Pukul 5??!! Awal sikit takde?

Makcik: Macam tu pagi lah. Pukul 9.

Pelajar: Awalnya...takkan nak ponteng kelas pulak..

Makcik: Nak pukul berapa ni? Saya pening ni...*dengan nada menyampah*

Pelajar: Tiket awal sikit takde? Tiket pukul 2 takde?

Makcik: Nak pukul 2 pulak....tadi kata nak petang.....haihh...awak ni nak beli tiket fikir la betul-betul dulu!




Saya musykil. Amat musykil. Terlalu musykil. Tolong bagitau saya! Tolonglah.

Pukul 2 tu bukan petang ke?




Makcik, tak payah kerja situ lagilah. Waktu pun tak reti nak beza. Dah la layan pelanggan macam tak nak layan je. Muka pulak ketat memanjang. Dia ingat dia sorang je kerja tension? Pergilah kerja yang tak melibatkan makcik berinteraksi dengan orang ramai. Buat sakit hati je. Huh!

Monday, July 19, 2010

Menu Makan Tengah Hari

Biasanya tunjuk gambar makanan yang makan kat rumah manis rumah, hari ini nak tunjuk gambar makanan yang dimakan di rumah sewa manis rumah sewa pula. ^^



Ini menu tengah hari tadi...



Chef-chef yang terlibat ialah Chef Ros dan Chef Afiq hoho. Konon-konon dah bergelar Chef ye? Sebenarnya saya masak biasa-biasa je, tak adalah sesedap Chef Wan masak, tapi bolehlah dibuat makan...hehe. *Eh, cakap macam pernah rasa je Chef Wan masak*


Yang penting, perut dah terisi, perut dah kenyang, perut dah gembira yay!


mood: Sakit, sakit, sakit, Tak ape, tahan Afiq. Sikit je tuh... :']

Sunday, July 11, 2010

Pagi di Bangi, tengah hari di Tampin, malam di Melaka

Mula-mula ingatkan nak buat tajuk "Sarapan pagi di Bangi, makan tengah hari di Tampin, makan malam di Melaka" tapi tak jadi. XD



Tak sangka cuti dua bulan lebih dah nak habis. Esok dah mula kelas. 0_0



Rasa macam sekejap je cuti.
Rasa macam baru semalam je cuti.
RASA MACAM TAK MULA CUTI PUN LAGI! *hiperbola yang sengaja direka*




Selepas makan sarapan mak masak sedap (bihun goreng), lepas tu balik kampung sebelum hantar saya pulang ke Melaka *eh. pulang? Tak. Kembalilah. Ok. Kembali. Kembali ke Melaka*. Seperti biasa, kalau balik kampung, perkara rutin ialah menjamu selera tanpa henti. :)





Rambutan banyak wooo...kena bersaing dengan semut dan kerengga +_+





Mangga manis penuh serat yang baik untuk pelawasan.






Manggis juga turut serta dalam pesta kali ini! Wahhh...sangat sukaaaaa!! ^^



Juga ada durian, langsat, dan macam-macam tapi tangan sibuk makan maka tiada gambar dapat diberikan.




p/s: Wah, saya senior ke tahun ni? Rasa macam baru semalam daftar tahun satu. Rasa macam baru semalam MHS. RASA MACAM BARU SEMALAM MASUK UNIVERSITI! *OK. Dah terlebih hiperbola*




Tuesday, July 06, 2010

Sarapan pagi di rumah memang best

Selamat pagi! Dah sarapan? Semalam tengok TV nampak ada orang masak macam bubur. Jadi hari ini rasa nak makan bubur. ^^

Lauk untuk makan dengan bubur





Bubur dengan bawang goreng ditabur di atasnya





Bubur dan lauk setelah dicampur bersama-sama





Teh o mak buatkan sebelum pergi kerja =)





Duduk kat rumah boleh buat macam-macam untuk dimakan.






Mak buat nasi lemak pada hari minggu yang lalu





Pau pun ada, tapi saya makan pau kari sahaja, pau kacang ditengok sahaja






Ni.
dah lama teringin dapat pun makan.
Roti canai campur telur campur bawang ohhhhhh~~




Sebenarnya bukan sarapan je best makan kat umah. Makan tengah hari, minum petang, makan malam semua best. =D


Wednesday, June 23, 2010

Menanti nombor itu ^^

mood: teruja dengan pelawat ke 1000


Yay! Tugas hari ini dah selesai! Dah vacuum rumah. Dah mop lantai. \(^.^)/

Sekarang masa untuk minum petang. Air tengah dimasak. Roti garlic bakar dah siap bakar. Tinggal nak makan je. Yum.

Sebelum tulis entri ni pelawat blog ni dah 996 orang. Lagi empat orang nak sampai 1000. Cantik kan nombor 1000?


Siapa agaknye pelawat ke 1000? Kalau anda pelawat ke 1000, dan rajin nak print screen widget counter bukti anda pelawat blog ini yang ke 1000, lepas tu bagi link blog kat ruangan komen saya, saya rasa nak promosi anda sebagai tanda penghargaan. Weee~~~

promosi tu maknanya saya akan buat entri khas promot anda. wah. pertama kali buat entri untuk promot blog orang hehe. takpe2, teruja 1000 pengunjung punya pasal. ^^


Kalau takde orang bagi link, takde lah entri tu. =_=!


p/s: cepat2, masa terhad!

Friday, May 21, 2010

Ubi Rebus dan Sambal Tumis Ikan Bilis *-*

Pada suatu malam yang gelap, Bundaku telah merebus ubi kayu. Yay yay! Seronoknya!! Teruja je bila dapat tahu. Tak sabar nak makan. Dah lama tak makanlah katakan. Bila siap je Bunda pun offer saya kalau saya nak makan. Mestilah saya nak makan. Tak akan dilepaskan peluang ini!!!

Makan ubi kayu itu begitu sahaja pun sedap. Kalau panas rasa macam mencair dalam mulut. Bunda suka yang macam tu. Saya juga. =) Ohhhhhh~~ seronoknya duduk di rumah. Macam-macam Bunda masak untuk makan. (biasanya hari minggu je lah dapat merasa masakan bunda sebab hari kerja saya yang masak =_=).

Biasanya kalau makan ubi kayu mesti nak kena cicah dengan sesuatu untuk menambahkan selera. Dalam otak dah fikir sambal tumis ikan bilis. Peh sedapnya kalau dapat makan dengan sambal tumis ikan bilis. Bunda pun suruh buat esoknya (semalam).

Nak makan punya pasal, saya pun dengan penuh semangat, minta Bunda tulis resipi. Saya tahu buat sambal goreng ikan bilis je sebelum ni, sambal tumis tak pernah buat walaupun suka makan. Hehehe.


Ubi kayu dan sambal tumis ikan bilis memberi pose terbaik untuk tatapan semua sebelum dimakan. =) Sedapnya....

Hey, saya dah dapat kerja! Malam semalam baru dapat kerja. Suka suka! Kerja saya ialah menaip.

Bos: Ayahanda.
Tempat kerja: Meja makan, rumah.
Gaji: Rmx untuk satu helai yang ditaip

Yay! Dapatlah mengisi masa lapang selain dari Facebook, YouTube dan ber"online" je. OK. Nak pergi kerja kejap lagi.




Saturday, April 10, 2010

Saya menonton Discovery Channel malam tadi *tahniah!*


Tahniah sekali lagi kepada saya sebab menonton saluran yang memang penuh dengan informasi dan pengetahuan berguna ini! Bagus, walaupun saluran Discovery Channel(DC) dan geng-geng dia( National Geographic, Animal Planet, History Channel dll) merupakan saluran-saluran pilihan terakhir yang akan dipilih kalau dah tak ada program menarik untuk ditonton di saluran-saluran seperti AXN, HBO, Starmovies, Cinemax, Astro Ria dll. *Tahniah banyak kali sebab saluran ini memang sangat jarang dibuka* Ya, saya memang lebih suka menonton saluran yang menyiarkan hiburan berbanding pengetahuan. Ish...ish..ish...bila nak berubah ni..?

Dah kata jarang tonton saluran ini kenapa malam semalam boleh terbuka hati untuk menekan butang 551(nombor saluran itu)?? Sebabnya ialah program DC pada waktu itu telah menarik minat saya untuk menonton. *WOW!!!*Program itu cerita tentang otak manusia. Human Brain. Macam ada kena mengena dengan subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif yang final examnya minggu depan. Macam menarik je. Jadi saya pun tak tukar siaran lain. =)

Program tu berdasarkan kisah benar apa otak akan buat di waktu-waktu kritikal.

Jadi sekarang Mari kita masuk ke segmen...

TAHUKAH ANDA?????
1. Kisah benar pertama ialah ada seorang lelaki ni pergi berlayar dengan kapal. Lepas tu kapal dia karam. Nasib baik ada pelampung back up. Bekalan makanan dah tak ada. Dia pun tangkap ikan. Macam biasalah, kebanyakan orang kalau makan ikan kita makan isi dia je kan. Tapi isi je tak cukup untuk membuatkan lelaki ini untuk terus hidup sebab isi ikan ada protein je, takde vitamin dan nutrien lain yang badan perlukan. Kalau dia tak cukup nutrien, nanti boleh mati. Kemudian, badan dah makin lemah selepas beberapa hari. Otak lelaki itu pun mula bekerja dengan cara lain di mana dia dah tak nak isi ikan lagi. Otak perlukan nutrien lain. Jadi otak lelaki itu pun suruh lelaki itu makan selain isi untuk dapatkan nutrien yang diperlukan. Otak tu suruh lelaki tu makan mata ikan, hati ikan dan organ-organ dalaman yang lain yang ada vitamin dan nutrien lain. Mula-mula memang tak sedap tapi lepas dah berbulan-bulan lelaki tu dapat bertahan dengan makan itu je sebab tiba-tiba otak dia dah set "Eh sedap pulak mata ikan ni!". Lelaki itu selamat lepas 70 lebih hari di laut. Fuh!
Sedap ke rasa mataku??



2. Kisah benar kedua ialah seorang lelaki nak pergi panjat gunung. Dia plan nak pergi sehari je. Tiba-tiba masa tengah jalan, dia terjatuh dalam satu lubang yang dalam. Tak dapat nak keluar. Perut pun lapar. Makanan tak ada sebab dia ingat nak pergi sehari je. dalam gua mana ada makanan ye tak? Apa je yang boleh buat dalam gua? Lelaki itu hanya mampu duduk je menanti bantuan tiba tanpa makanan. Lalu otak lelaki ini menjalankan tugasnya. Dia memperlahankan aktiviti dalam badan lelaki itu. Turunkan kadar metabolisme dan pembinaan sel baru. Kira macam buat hibernasi la macam beruang kutub. Macam puasa. Hebat woh otak kita! Lelaki itu dapat bertahan selama 3 bulan tanpa makan sebab otak dia tolong dia. Masa dah sampai 3 bulan tu semua nutrien dalam badan lelaki tu dah habis, otak dah nak buat proses makan diri sendiri dah sebagai langkah terakhir. Otak nak guna protein dalam tulang untuk bagi tenaga kepada otak. Nasib baik lepas 3 bulan ada orang datang dan jumpa lelaki tu.

saya suka berhibernasi sebab boleh tidur lama-lama!



3. Seorang lelaki ni nak pergi ke suatu tempat yang jauh dengan belon udara panas. Nak catat rekod katanya. Belon udara panas ni nak kena selalu kawal supaya arah tak lari. Oleh sebab itu, lelaki ni kena sentiasa berjaga. Tak boleh tidur. 2 hari pertama dia masih OK. lepas 2 hari, dia mula berhalusinasi sebab tak tidur lama dah. Hari berikutnya dia mula bercakap sendirian macam orang gila. Selama mana pun kota berjaga badan kita perlu rehat supaya otak kita dapat melakukan aktiviti "penyelenggaraan" dalam badan kita. Nak buat maintenance. Kalau tak tidur macam mana? Otak kita paling aktif masa kita tidur. Lelaki ni dah makin tak betul sebab badan dia dah lama tak ada maintenance jadi otak terpaksa buat aksi drastik dengan memengsankan lelaki ni supaya maintenance dapat dilakukan dan supaya lelaki ni dapat jadi normal semula. Dapat tidur sekejap pun jadilah.

Bestnya dapat berada di udara!



Banyak lagi sebenarnya informasi menarik tapi dah tak larat nak tulis. hehehe.

Moral of the story, otak merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita. Otak akan melakukan apa saja untuk pastikan kita dapat survive. Sayangilah otak kita sebab otak sangat sayang kat kita hehehe.

SAYANGILAH OTAK KITA!
OTAK SIHAT, BADAN SIHAT!

Tuesday, March 23, 2010

Makan free tiga kali sehari

Sudah beberapa hari saya mengabaikan blog ini. Tak ada banyak perkara menarik+luar biasa+lain dari yang lain untuk diceritakan. Minggu lepas dan minggu ini, semua perkara berlaku secara normal. Ada juga beberapa perkara tak normal yang terjadi tetapi tak menarik untuk diceritakan di sini. Yang menarik pun Sabtu lepas saya dan kawan-kawan jadi AJK untuk Pertandingan Catur Bistari yang berlangsung di Dewan Besar UTeM. Dapat baju “official” free, dapat makan free tiga kali sehari, dapat elaun RM15 dan dapat melakukan “exercise” secara tidak langsung kerana kami kena berjalan mundar-mandir untuk melihat peserta-peserta bermain dan kadang-kadang kena berlari-lari anak untuk memberi topi “pink” atau kuning kalau mereka antara orang terawal masuk ke laluan “Tijarah” dan “Jihad”. Pasti anda tidak berapa nak faham apa yang saya tulis ini kan..? Saya pun bukannya faham sangat pun tentang permainan ini. Yang pasti permainan ini ala-ala Saidina, Monopoly dan yang sama waktu dengannya. Tapi ada lain sikit la. Maklumat lebih lanjut boleh layari sini


Kesan daripada mundar-mandir tidak berhenti-henti dan berdiri lama sangat dari lebih kurang 9 pagi sampai 1 t/hari, kakiku merasa sakit. Rasa macam mahu rendam dalam air pastu ada orang tolong urutkan macam tengok kat cerita2 korea. Huu..alangkah nikmatnya tapi tentulah tidak akan terjadi pun di dunia sebenar. Siapa nak urutkan kaki kau cantik punya muka. Urut la sendiri tangan ada (ceyh…marah kat diri sendiri HAHA).


Tengok peserta2 itu main rasa macam mahu main juga walaupun tak reti. Rindu pulak nak main Saidina. Teringat zaman sekolah dulu masa dah nak cuti sekolah, main Saidina dengan kawan-kawan. Seronoknya~~~

Gambar courtesy of Najiahtul Syafiqah Ismail

Ini kami berposing lepas pertandingan habis sementara menunggu bas untuk pulang ke hostel. =)


p:s: tulisan di perenggan permulaan di atas tidak seperti diingini.Tak boleh tukar tulisan. adakah sebab copy + paste dari Word? maaf kalau nampak macam sedang buat coding C++ (=_=)!