Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Wednesday, October 03, 2012

Memang Sedap

Hujung minggu lepas, kami balik Tampin. Beberapa hari sebelum tu, Mak Ngah talipon, dan dengarnya nak hantar rombongan merisik seorang anak dara di Tanjung Kling. Saya tak pernah ikut rombongan orang merisik. Macam best bunyinya kan? Kan? Tak? Kbye.

Sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Biasalah kat kampung, mulut tak berhenti mengunyah kan. Kuih raya haritu pun masih tak habis lagi, Puan bising suruh makan. Saya nampak ada kerepek pisanag dengan kerepek bawang, apa lagi, balun je lah kan. Sedap gila. Lepas tu pagi2 tu ada pisang goreng dan nasi goreng untuk sarapan. Bahagia perut saya. Lepas tu Puan dan Mak pun siap-siap nak masak untuk tengah hari. Saya tengah tonton TV cerita kat TV2. Gila cerita tu. Sangat psaiko. Macam mana nak eja psycho. Ha. Pasal sorang budak perempuan yatim, dia diambil jadi anak angkat oleh sepasang suami isteri yang dah 10 tahun takde anak. Budak ni ada masalah mental sebab dia selalu kena dera masa tinggal dengan mak bapak kandung dia. Alih-alih dia pergi bunuh pulak mak bapak angkat dia tu. Ngeri dan psycho. Saya tak tahu apa moral cerita ni. Dan saya tak tahu kenapa saya boleh tengok cerita ni sampai habis. T___T

Masa tengah tengok TV, Puan seperti biasa panggil saya dengan adik saya, Min, suruh makan semua benda kat dapur tu. 
Saya pun macam " Okay, kejap lagi dah nak makan tengah hari dah ni, nantilah Puan." 
Puan pulak pergi bukak almari makanan dia. "Ni Pak Long ada beli Maggi. Puan makan je apa Pak Long beli ni, makanlah ni, ambik satu, makan. Pergi masak air blablablablabla" kata Puan. 

And I was like. "Dah nak makan tengah hari dah ni ..."
And Puan was like "Cuba rasa, ambik satu, rasa, pergi masak air tu............"
And I was like ".......... Okay." dan terkedek2 pergi bukak pintu almari. Ada Maggi kari dengan Mi Sedaap perisa asli. Saya tak pernah makan Mi Sedaap goreng, jadi saya pun ambillah yang Mi Sedaap punya. Puan kata sedap. 


Yang nilah. src: Google

Cara nak buat Mi goreng segera lain sikit dengan mi yang bersup. Dia kena rendam dulu mi dia, lepas tu toskan airnya. Lepas tu gaulkan mi dengan perasa-perasa dia. Lepas gaul-gaul semua benda, saya pun cuba sesuap. Memang sedap! :'D Masa saya tengah buat mi tu, Puan tanya Min nak ke tak, dan suruh dia pun satu paket untuk sendiri. LOL. Kami kongsi je. ='D Saya rasa kalau Puan kasi saya makan lagi satu paket haritu memang saya makan HAHAHAHA.


Lepas sesi risik merisik selesai, kami pun pulang. Saya masih termimpi-mimpi Mi Sedaap goreng tadi amboi. Rasa nak beli satu paket tau. Jadi harini masa pergi 7Eleven untuk beli paper, saya pun beli satu paket. Memang satu paket je. RM1.30. Tapi bukan yang perisa asli. 


Perisa sambal goreng. Nampak macam sedap je. src: Google

Tak sabar nak makan mi ni masa sahur nanti. Saya dah siap-siap simpankan udang salut goreng dengan telur mata kerbau dah untuk makan dengan mi ni nanti masa sahur. Tinggal nak sahur je. Tolong kejutkan saya kalau saya tak bangun! Ehehehek.



Doakan saya dapat interview #2. Gah, tak dapat bayangkan kerja shift malam 7pm-7am. Akan jadi kelawar /burung hantukah? XD




Monday, December 13, 2010

Ayam BBQ segera yang sedap

Biasanya saya selalu beli ayam salut tepung jenama Ayamas. Memang biasa beli tulah. Asal nak beli ayam je mesti ayam tu. Tak pernah fikir nak beli ayam jenama lain. Sehinggalah suatu hari kawan saya yang bernama Daia dengan terujanya mencadangkan ayam jenama lain pulak. Jenama 5 bintang. Siap ada perisa lagi. Perisa BBQ! Macam orang mengantuk disorongkan kereta sorong bantal perasaannya bila dengar Daia cerita tentang hebatnya rasa ayam tu. 



Sebenarnya kalau dah setiap kali asyik makan ayam sama je boring jugak. Jadi dah ada ayam yang lain sikit dari biasa boleh cuba kan... lebih-lebih lagi bila ada orang kata sedap. Meyakinkan pulak tu cara kawanku itu promot! Memang macam sedap je bunyiknya. hehe. Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk cuba. Harganya lagi murah dari ayam yang biasa saya beli..lagilah saya suka! ho ho ho!


ayam jenama 5 bintang -5 star- Perisa BBQ yang marvelous! 
*gambar-Google*




Kalau goreng baunya sedap habis! Menusuk hidung semua orang berhampiran. Semua orang tergoda. Rasanya pun memang sedap. Serius! Tapi saiznya kecik sikit la. Dengan nafsu terkawal saya makan 2 ketul sekali makan. Kalau nafsu tak terkawal tak tahulah berapa ketul boleh baham haha!



Cepat pergi rasa sekarang!

Sunday, November 14, 2010

Rumah Manis Rumah

Breakfast di Melaka Central pagi tadi makan roti sardin dengan air susu kotak. Bolehlah buat isi perut. Mula-mula ingat nak makan burger baru McD tapi fikir-fikir balik baik beli roti sardin tu je. Murah sikit. Wahh..lebih prefer roti murah dari McD! Nafsu makan pagi-pagi tak kuat sangat kot. 

Sampai-sampai rumah je perut lapar sangat. Perut macam tahu-tahu je dah sampai rumah di mana terletaknya makanan sedap-sedap. Masa tu dah pukul 12 lebih. Masa untuk makan tengah hari. Hohoho! Jumpa Mak, Mak pulak cakap ni:

"Barang-barang nak masak dah siap. Tinggal tunggu nak masak je!"Kata Mak. Oh..Mak! Anakmu baru pulang, baru melangkah dua, tiga langkah masuk rumahku syurgaku Mak berkata demikian? T_T


Lepas salam-salam Mak dan Abah, saya naik atas tukar baju sambil mental bersedia untuk masak. Lepas tu masuk ruang makan. Tengok makanan tengah hari dah siap. Aik? Mak ni saja nak bergurau senda dengan Angah ke? =_=!

Gambar makanan tengah hari takde sebab nafsu makan lebih banyak dari nafsu ambil gambar. Ni gambar makan malam..


 masak asam ikan kembung. SEDAP SANGAT. AMAT.




Sayur kacang+kentang+santan+tahu. AMAT SEDAP JUGA.






Semua sedap saya tambah nasi tiga kali. Ke empat kali eh? Inilah masanya untuk makan banyak. Oh YEAHHH~~

Wednesday, August 11, 2010

Menu berbuka puasa hari pertama

Buat pertama kali semenjak berpuasa di Melaka, juadah berbuka tidak dibeli. Kami masak sendiri! Tak percaya? Lihatlah sendiri. Ini menu berbuka kami!




Ayam goreng saya




Tempe goreng bercili. Teringin nak makan. =)
Sedap puji, tak sedap diam. ngeh3..



Sayur kacang. Ros masak.




Cucur ikan bilis oleh Ros juga.



Sambal Ayu




Buah langsat ni siapa punya?



Teh Ros.




Penuh meja! Kira berapa lauk! Mewah! ^^



Hari pertama nak berbuka memang teruja lebih. Nak-nak hari ni Melaka cuti. Hari-hari seterusnya tak tahu lagi. hehe.



Selamat berbuka puasa!

Sunday, July 11, 2010

Pagi di Bangi, tengah hari di Tampin, malam di Melaka

Mula-mula ingatkan nak buat tajuk "Sarapan pagi di Bangi, makan tengah hari di Tampin, makan malam di Melaka" tapi tak jadi. XD



Tak sangka cuti dua bulan lebih dah nak habis. Esok dah mula kelas. 0_0



Rasa macam sekejap je cuti.
Rasa macam baru semalam je cuti.
RASA MACAM TAK MULA CUTI PUN LAGI! *hiperbola yang sengaja direka*




Selepas makan sarapan mak masak sedap (bihun goreng), lepas tu balik kampung sebelum hantar saya pulang ke Melaka *eh. pulang? Tak. Kembalilah. Ok. Kembali. Kembali ke Melaka*. Seperti biasa, kalau balik kampung, perkara rutin ialah menjamu selera tanpa henti. :)





Rambutan banyak wooo...kena bersaing dengan semut dan kerengga +_+





Mangga manis penuh serat yang baik untuk pelawasan.






Manggis juga turut serta dalam pesta kali ini! Wahhh...sangat sukaaaaa!! ^^



Juga ada durian, langsat, dan macam-macam tapi tangan sibuk makan maka tiada gambar dapat diberikan.




p/s: Wah, saya senior ke tahun ni? Rasa macam baru semalam daftar tahun satu. Rasa macam baru semalam MHS. RASA MACAM BARU SEMALAM MASUK UNIVERSITI! *OK. Dah terlebih hiperbola*




Tuesday, July 06, 2010

Sarapan pagi di rumah memang best

Selamat pagi! Dah sarapan? Semalam tengok TV nampak ada orang masak macam bubur. Jadi hari ini rasa nak makan bubur. ^^

Lauk untuk makan dengan bubur





Bubur dengan bawang goreng ditabur di atasnya





Bubur dan lauk setelah dicampur bersama-sama





Teh o mak buatkan sebelum pergi kerja =)





Duduk kat rumah boleh buat macam-macam untuk dimakan.






Mak buat nasi lemak pada hari minggu yang lalu





Pau pun ada, tapi saya makan pau kari sahaja, pau kacang ditengok sahaja






Ni.
dah lama teringin dapat pun makan.
Roti canai campur telur campur bawang ohhhhhh~~




Sebenarnya bukan sarapan je best makan kat umah. Makan tengah hari, minum petang, makan malam semua best. =D


Thursday, June 03, 2010

Mari Buat Jeruk! =)

Kalau anda ada baca entri saya semalam, pasti anda tahu bahawa saya telah ditugaskan untuk mengerjakan kulit mangga untuk dibuat jeruk. Saya tidak berjaya peel semua mangga sebab tangan lenguh begitu pantas. Banyak tuh nak kena peel! Dua besen mangga! Tangan ada dua je, jari ada sepuluh je. =b. Btw, kulit mangga tidak terlibat dalam pembuatan jeruk.

Walaupun sikit je berjaya di peel, tapi dapat juga buat jeruk. Mari lihat Mak saya buat jeruk. Saya jadi photographer heheh.


Kumpulkan mangga muda masam seberapa besen yang anda mahu



Kupaskan kulitnya guna potato peeler



Potong jadi keping-kepingan begini



taruk garam secukup rasa



taruk gula



gaulkan sehingga sebati



Berkilat-kilat rupanya mmmmm......!



Biarkan gula dan garam mencair, lepas tu dah siappp!!! Dah boleh makan! =)




Memandangkan saya tak habis peel mangga-mangga lagi, jadi hari ini kena sambung lagi. =_=
Takpe, asalkan dapat makan sedap hehe =)




Tuesday, June 01, 2010

Sedapnya makanan di rumah

Saya ingin melaporkan menu makanan saya pada hari ini.


Breakfast, buat julung-julung kalinya saya makan nasi berlauk. Nasi bersama ayam sambal. Nyum nyum! (Sila abaikan simbol hati itu dan objek disebaliknya)



Lepas dah penat menaip, rasa nak makan aiskrim pula. ;)




Ini makanan tengah hari. Sama macam pagi, tapi ada tambahan telur dadar.



Mak pulang dari kerja dan bawa balik kek ini sempena hari jadi saya hehe. Yay dapat pun makan kek hari jadi ;D Ini dimakan masa minum petang.



pandangan sisi




Makan malam yang mewah. Ada empat lauk. Dan buah. Bestnya~~ TT_TT



Kalau Mak Head Chef, meja makan selalu penuh. haha.




Heaven!

Sekian dari saya. Selamat menjamu mata! ;b



Sunday, May 30, 2010

Pesta Makan

Sempena cuti hari Wesak, kami sekeluarga telah pulang ke kampung di Tampin, Negeri Sembilan untuk percutian dua hari satu malam. Hari pertama di situ, kami tiba dah nak dekat maghrib pun...boleh dikira sebagai hari lagi ke? Aktiviti makan-memakan makanan tidaklah terlalu hebat. Lepas makan malam terus tidur, tiada makan lewat malam. macamlah selalu makan lewat malam. Tidur pun pukul 10.

Pesta makan bermula hari kedua.Hari kedua.

08.00 pagi:
Sarapan. Menu ialah lempeng dimakan bersama sambal tumis ikan bilis.

09.00 pagi:
Tidak dapat melupakan lempeng garing dan sambal ikan bilis maka makan lagi.

11.00 pagi:
Makan nasi berlaukkan telur ayam kampung dan sambal ikan bilis. SEDAPNYA!

12.00 t/hari:
Mak Su selesai buat bihun. Makan bihun bersama sambal ikan bilis. SUPERB!


1.00 petang:
Makan tengah hari. menu: nasi, ikan masak cili (sedap), sayur kangkung dari perak, telur ayam kampung dadar. HEAVEN. Tak tamboh sebab dah kenyang.


Wah. selang sejam je makan. Adakah ini cara untuk mendapatkan berat badan ideal? Jawapannya, tepuk dada tanya selera. =_=

Petang tu, kami pulang ke rumah halaman. Malam tu ade barbeque yang dianjurkan kawasan perumahan saya, seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota. Kami pun serbu.......!!


lamb, chicken, bihun, kentang, sosej.


Mak dan saya.


Makan perlu khusyuk dan penuh tumpuan.


Sangat meriah bbq yang bertempat di Club House itu. Tak sangka penduduk Seksyen 6 seramai itu. Tapi cabutan bertuahnya ada enam je. Huh.


p/s: Mak dan Abah menyambut ulangtahun perkahwinan hari ini. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan, Mak dan Abah!!
Daia dan kawan saya di blog lagi satu, Dmagnate pula menyambut hari jadi mereka hari ini. Selamat Hari Jadi!!



Friday, May 21, 2010

Ubi Rebus dan Sambal Tumis Ikan Bilis *-*

Pada suatu malam yang gelap, Bundaku telah merebus ubi kayu. Yay yay! Seronoknya!! Teruja je bila dapat tahu. Tak sabar nak makan. Dah lama tak makanlah katakan. Bila siap je Bunda pun offer saya kalau saya nak makan. Mestilah saya nak makan. Tak akan dilepaskan peluang ini!!!

Makan ubi kayu itu begitu sahaja pun sedap. Kalau panas rasa macam mencair dalam mulut. Bunda suka yang macam tu. Saya juga. =) Ohhhhhh~~ seronoknya duduk di rumah. Macam-macam Bunda masak untuk makan. (biasanya hari minggu je lah dapat merasa masakan bunda sebab hari kerja saya yang masak =_=).

Biasanya kalau makan ubi kayu mesti nak kena cicah dengan sesuatu untuk menambahkan selera. Dalam otak dah fikir sambal tumis ikan bilis. Peh sedapnya kalau dapat makan dengan sambal tumis ikan bilis. Bunda pun suruh buat esoknya (semalam).

Nak makan punya pasal, saya pun dengan penuh semangat, minta Bunda tulis resipi. Saya tahu buat sambal goreng ikan bilis je sebelum ni, sambal tumis tak pernah buat walaupun suka makan. Hehehe.


Ubi kayu dan sambal tumis ikan bilis memberi pose terbaik untuk tatapan semua sebelum dimakan. =) Sedapnya....

Hey, saya dah dapat kerja! Malam semalam baru dapat kerja. Suka suka! Kerja saya ialah menaip.

Bos: Ayahanda.
Tempat kerja: Meja makan, rumah.
Gaji: Rmx untuk satu helai yang ditaip

Yay! Dapatlah mengisi masa lapang selain dari Facebook, YouTube dan ber"online" je. OK. Nak pergi kerja kejap lagi.




Monday, April 19, 2010

My Diet During Exam

Diet means food.

Last week, my housemates and I went shopping at Jaya Jusco. Although there are SALES card boards dangling everywhere, but that's not the main reason why we were there. That's not even a reason. By the way, if you're wondering the SALES have 50% off and 70% off. I saw the discount at the bag section. I think my sister would be very happy to see it. Hohoho. Shopaholic out there, are you excited? Come to Jaya Jusco Melaka then! Or any Jaya Jusco at your place. And shop your heart out till you drop.

Of course, we didn't go there. We went straight to our destination: the shopping center. The place you buy kitchen goods, toiletries, food and everything. I forgot the name of the company. Ish...

Since during exam week we feel lazy to go out and buy food, we decided to cook. There are no proper cooking utensils for us to use, we only have two rice cookers. So the goods that we bought were the ones which can be cooked in a rice cooker. We bought onions, anchovies (I miss anchovies!! T__T), tinned sardine, tuna, eggs etc.

For the first few days, we ate sardine. To add to the taste, onions were cooked together with the sardine. At least, it's not just sardine. Felt like I was eating at home. We also fried eggs. I was quite satisfied with what I ate because finally I EAT SOMETHING OTHER THAN CHICKEN!! Woohoo!

On the third day, I felt like eating anchovies. I fried them first then fried onions to be put on top of the anchovies. Yeah, we put onions in almost anything we cook. Onions are good, right? The smell that came out was OHHHHH.....mouth watering. I LOVE ANCHOVIES!!

Oh. While I was taking the plactic with anchovies in it, I saw something that surprised me. The expired date for the anchovies was on 18th of April, the day I decided to cook it. I didn't know anchovies have expire date! Since it expire yesterday, my friend was "teragak-agak" to cook it today. There are still some left! What a waste! Wuu....I want to eat more anchovies!!!!


I don't know how long I can stand eating these everyday. When I finally feel like eating fried food again (nasi goreng etc), I think I'll go out and buy. Think I'm starting to miss those food now. My hand smells like sardine now. Huhhhh...


p/s: Feels like going back home. Hm..

Friday, February 19, 2010

Sabtu datang lambat pun takpe!

Malam semalam, sedang saya membasuh pinggan mangkuk, sudu, gelas, cawan, kuali di dapur sambil menyanyi lagu Dynamite...eh..baru teringat tak boleh nyanyi di dapur...tapi tak pelah...(+_+) Mak datang ke bilik makan di sebelah dapur dengan berlari-lari anak penuh keriangan. Saya memandang Mak dengan pandangan biasa bila Mak membuat aksi dramanya(Mak memang suka berdrama kannn).
Mak membuka peti sejuk dengan penuh teruja dan mengeluarkan Paste Mi bandung yang baru dibeli di pasar tani atau pasar malam saya tak ingat. Saya juga tak berapa ingat sebiji-sebiji dialog yang kami ungkapkan tapi lebih kurang begini:

Mak: Tak sabar nak buat Mi bandung!!! (sambil buat muka yang sangat teruja)
Afiq: Bila Mak nak buat?(dengan nada mak-hari-ini-hari-khamis-esok-jumaat-hari-sabtu-angah-balik)

Mak berfikir sejenak kemudian membuat senyuman yang saya sudah tahu maknanya. Saya akan kembali ke hostel di Melaka pada esok dan kalau Mak nak masak mi bandung itu hanya tinggal hari ini dan esok. Hari ini Mak hanya akan pulang pada jam 5, dan pagi esok pula sekolah ada buat gotong-royong. Nipis harapan atau tiada langsung harapan untuk saya makan mi bandung buatan Mak. Ya, senyuman manis yang Mak lontarkan kepada saya itu bermaksud angah-kesian-tak-dapatlah-awak-nak-makan-mi-bandung-ini!

MAK! NAK JUGAK MAKAN MI BANDUNG ITU!!


Sekejap je dah Jumaat. Esok Sabtu. Balik hostel. Huh. Sabtu....biar lambat asalkan selamat OK! Take your time!

Monday, February 15, 2010

Makan..makan..dan makan lagi..!

Saya suka cuti semester sebab masa cuti saya boleh pulang ke rumah dan makan makanan yang Mak/Along/diri sendiri masak (saya lebih suka kalau Mak/Along yang masak dan saya hanya makan..hehe) Hari Ahad baru ni, kami sekeluarga pulang ke Kampung Abah di Tampin, Negeri Sembilan. Seperti biasa, perkara pertama yang kami biasa buat ialah buka tudung saji dan makan apa yang ada di bawahnya. Yeah....

Duduk kat kampung memang tak reti nak berhenti mengunyah, tak tahu lah kenapa, sebab memang dah macam tu, nak buat macam mana...?Makan tengah hari pun masih diteruskan, minum petang Puan, Mak, Along dan saya(tolong sikit2) buat kuih koci dan peneram.

Banyak sungguh makanan untuk dimakan. Kebetulan, ada pulak sebiji durian jatuh. Makan durian pulak.

Walaupun petang dah makan macam2, malam masih boleh masuk lagi makanan dalam perut. hahahaha. Hebat betul.

Esoknya, Mak masak nasi goreng. Sedap. Lepas tu, Puan buat lempeng pulak. Huh. Dah lama tak makan lempeng. Terubat jugalah rindu nak makan lempeng.

Petang tadi, ada gathering kat rumah Mak Long, nak bincang pasal Kak Aiza kahwin. Makan lagi. Hebat woo. Ada soto, KFC, kuih muih, kek, pergh...tak tau la nak cakap. Rasanya saya makan hampir semua jenis makanan situ(rezeki jangan ditolak).

Memang seronok makan free. =) Looking forward to the next one. hehee