Wednesday, September 29, 2010

Jenis-jenis pengunjung majlis hari raya UTeM

Hari Rabu yang lalu UTeM menganjurkan majlis hari raya. Terima kasih kepada En Azman sebab batalkan kelas pada jam 11 sebab bolehlah kami pergi makan percuma tanpa had! Mula-mula saya ingatkan tak dapat pergi sebab ada kelas dari pukul 11 sampai 1. Hohoho...gembira sungguh bila tau kelas batal. Bila lagi boleh makan free kan...! Lagipun ini majlis raya saya terakhir di UTeM. ='(


Staf, pelajar, pensyarah, pegawai, makcik cleaner, pak guard semua dilihat mengambil peluang keemasan pergi ke depan perkarangan Dewan Besar. Rasa-rasa diorang dah sampai sebelum pukul 11 lagi. Masa tengah jalan-jalan cari makan di sekitar perkarangan Dewan Besar tu, saya sempatlah memerhatikan gelagat-gelagat mereka semua. Sambil tunggu sate siap bakar, cuci mata kejap. Dah lama tak cuci mata. Selama ni duduk dalam makmal je. =b


Setelah melakukan pemerhatian, saya dapati pengunjung-pengunjung Jamuan Hari Raya UTeM terdiri daripada mereka yang:


1. Jenis jalan beramai-ramai. Satu pergi sini, semua pergi sini. Satu pergi sana, semua pergi sana. Sepakat membawa berkat. Jalan kena dekat-dekat nanti takut terpisah. Yelah, ramai orang kan..

Adik-adik, cepat ikut abang naik atas ni....~



2. Jenis jalan sorang-sorang. Ada jugak kelihatan beberapa orang yang lone ranger. Mungkin dia dah berjanji nak pergi dengan seseorang sebelum ni tapi kawannya batalkan hasrat maka terpaksalah dia sorang-sorang. Tak kisah. Asal dapat makan freeeeeeee. Nak pergi mana-mana pun tak kisah. Tak payah tunggu-tunggu orang lain. Cepat, pantas, kenyang.

A lone power ranger.



3. Jenis ambil satu jenis makanan one at a time. Dah dapat lontong, maka carik port untuk duduk then menikmatinya. Dah habis lontong baru carik makanan lain lagi. *saya la tu* Orang macam ni adalah yang penyabar. Relaks. Cool. *sebenarnya lapar maka apa yang ada di tangan dimakan dulu*



4. Jenis ambil makanan banyak-banyak tak cukup tangan nak pegang. Ada yang campurkan aneka jenis makanan dalam satu pinggan je, ada juga yang ambil banyak-banyak pinggan. Kalau dia dah ada port, letak makanan tu kat port, suruh kawan jaga, then pergi lagi untuk ambil makanan lain lagi. Senang. Dah kumpul semua yang dihajati nanti lepas tu boleh terus pergi ke port, duduk, makan, tak hiraukan orang lain, kenyang. Ni jenis orang yang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Agak effektif cara ni.


5. Jenis tak guna pinggan. Ada yang ambik banyak-banyak makanan pegang di tangan sahaja. Mungkin pakai pinggan merimaskan dia sebab nanti nak kena cari tong sampah untuk buang lepas dah siap makan. Buang masa. Nak cari tong sampah satu hal. Masa itu boleh diguna untuk beratur kat gerai kebab yang barisannya dah macam ular. Teknik ni boleh diaplikasikan untuk makanan-makanan macam kebab, sate, roti dan ais krim kon. Makanan macam nasi, mi sup, spaghetti kena guna pinggan jugak.



Rasa-rasanya itu je kot kategori-kategori pengunjung-pengunjung di majlis hari raya UTeM. Agak puas hati pergi makan situ. Semua sedap-sedap. Tapi cuaca panas sikit. Tak apa, demi makan percuma!




*dah lama tak puasa rasa lemah pulak tak makan. Bertahan Afiq!*

Tuesday, September 28, 2010

Just a dream





Review: Video klip ini bermula dengan seseorang mengocak-kocakkan air macam nak buat teh tarik. Daripada point of view dia, dia ternampak sebuah kereta macam terapung di udara. Dari point of view orang dalam kereta tu (Nelly), dia masih berpijak di bumi nyata. Tapi sebenarnya tak. Kereta dia memang terapung.

Kemudian muncul sebentuk Super Ring besar di hadapan kereta Nelly. Super Ring itu berpusing-pusing di hadapan kereta Nelly seakan-akan ingin memberitahu sesuatu. Nelly tiba-tiba teringat dia dah mandi semalam.

Tiba-tiba muncul seorang gadis entah dari mana berlari-lari mengejar Super Ring itu. Rupa-rupanya gadis itu girlfriend Nelly. Super Ring itu takut lalu pergi ke arah Nelly yang masa tu dah keluar dari keretanya yang terapung. Kembar Nelly yang berada dalam kereta pandang ke arah Nelly seakan-akan bertanya; "kenapa kau biarkan aku sorang-sorang kat atas ni?"


Girlfriend Nelly masih tak putus asa nak kejar Super Ring. Yelah, cincin besar, perempuan mana yang tak nak.


Nelly mengimbas kenangan lalu bersama girlfriendnya. Aku tak kisah cincin tu, aku ada Blackberry fikir Nelly.


Esoknya Nelly jalan-jalan lagi kat tepi pantai tu. Tengok2 Super Ring ada dekat2 dengan kereta dia. Tiba-tiba sesuatu yang terapung tu terbakar. Nelly abaikannya saja. Sebaliknya dia teringin nak menari kat kelab dengan wanita-wanita cantik sebab boring jalan sorang-sorang kat pantai.

Tanpa disedari, Super Ring terbakar di belakangnya. Mesti Super Ring tengah marah sebab Nelly tak peduli kat dia. Nelly angkat tangan nak tutup muka. Then kereta dia pulak terbakar. Nelly masih rasa nak menari walaupun berlaku adegan cemas itu. Tapi dia turut terkesima tengok keretanya terbakar. Kenapa mesti bakar kereta aku..? fikirnya.


Angin kuat pun tiba. Gunung berapi meletus dari dalam mata Nelly. Sebab matanya pun dah panas maka Nelly pun bertindak melarikan diri dari situ.


Contact lense Nelly pun pecah sebab air mata dah kering sebab panas dai gunung berapi meletus. Dia pun mesej kawannya guna Blackberry suh dia datang temankan dia pergi klinik. Tapi kawan dia tak nak temankan dia maka terpaksalah dia pergi sorang-sorang. Tapi on the way, matanya buat aksi air pancut pula. Oleh kerana sakit yang amat sangat, Nelly tak dapat drive so berhentikan kereta. Matanya dah di tahap kritikal. Anak mata, mata putih semua pecah macam gelas pecah.



Dia teringat dia dah mandi sebelum tu.


*********************************************************************************


p/s: Review ni sekadar suka-suka. Tak bertujuan memburukkan siapa-siapa atau apa-apa.

p/s/s: Saya suka lagu ni. Best.

Monday, September 27, 2010

Nak semua

Lepas solat Zuhur Afiq meninggalkan fakultinya dan berjalan menuju ke Pusat Persatuan Pelajar di bangunan agak bertentangan dengan FTMK tetapi agak ke kiri sedikit. Jalan dengan Jia. Nak beli stok makanan untuk petang dan malam sebab hari itu kelas sampai malam.



Sampai-sampai je nampak gerai depan koop tu ada jual benda baru. Jagung manis bakar....ke panggang ea? *balik nanti tanya Abah* Sedapnya! Maka dengan teruja, pergi beli dua tongkol jagung. nyum. nyum. Dah lama tak makan! Sedap, lazat, berkrim! Enak betullah! Lepas beli jagung, masuk koop. Nak beli maggi cup. Beli maggi cup yang mangkuk punya, besar sikit, makan kenyang. Lepas tu nampak jajan kecil-kecil maka ambil mamee, twiesties, roller coaster dan super ring. mamee beli dua sebab suka makan mamee. Bayar semua, lepas tu menuju ke gerai depan pintu masuk ruang ATM. Ada gerai jual kuih. Maggi je mana cukup maka beli karipap sardin seringgit, pisang goreng seringgit, nasi lemak sebungkus, keropok lekor seringgit. Hoho. Sungguh bersedia Afiq untuk menghadapi petang dan malam di kampus.




******************************


Realitinya. Afiq hanya beli dua jajan kecik, maggi cup kecik dan pisang goreng seringgit. Jagung sekadar tengok dan bau dari jauh saja. T_T



Sunday, September 26, 2010

Aktiviti hari Sabtu

Patutnya entri ni ditulis semalam tapi sakit kepala melanda maka terpaksa ditunda ke hari ni. Kebelakangan ni kerap pulak sakit kepala kenapa ye? Bukannya kena fikir masalah negara pun. Orang yang kena fikir masalah negara pun tak sakit kepala. Sila fikir kenapa.


Straight to the point, semalam saya join satu pertandingan ala-ala explorace di fakulti saya; Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nama pertandingan itu ialah The Cod3 Hunt. *sila baca sebagai The Code Hunt*. Alkisahnya, peserta2 pertandingan kena berlari-lari ala amazing race/explorace untuk cari checkpoint then guna kemahiran pengaturcaraan yang ada untuk selesaikan soalan di checkpoint untuk dapat klu seterusnya. *fuuu..panjang deskripsi* Pengaturcaraan == C++. Kena buat coding. Yup. Mantap betul peserta-peserta Cod3 ni. Selagi tak betul coding dia, tak boleh dapat next clue. Sila perah otak anda sampai kering.



Perah, jangan tak perah!



Suasana di checkpoint lain



Oh. Saya hanya AJK yang jaga checkpoint sahaja. Tugas saya hanya menebeng di checkpoint sahaja. Tunggu peserta-peserta datang sahaja. *saja tulis sahaja banyak2* Bila dah datang bagi soalan then check jawapan. Checkpoint saya dah la checkpoint terakhir. Agak jenuh menunggu.




Kuyu tak mata saya? Yang penting dapat baju free yo!




Bila dah dibagi fail berisi soalan dan jawapan, kami penunggu2 checkpoint pun pergi ke tempat kami. Baru beberapa saat sampai kat checkpoint di tingkat dua, tengok-tengok dah ada peserta-peserta berlari-lari macam ada kebakaran macam dah nak sampai garisan penamat kehkehkeh. Saya yang jaga checkpoint last ni tengok je la. Relaks je lagi. Dah la mengantuk bangun pukul 5.50 haha. Jaga pulak checkpoint last. Boleh tidur dulu kot. Tapi tak boleh tidur dulu. Ada beberapa group yang tersalah teka lokasi maka datang kat checkpoint saya. Salah tempat ni dik *bajet senior*. Memang senior pun. Yang masuk semua tahun satu.



Setelah beberapa kali berulang-alik di tempat yang sama, tiba-tiba datang satu group di tempat saya. Saya pun tanyalah soalan nak pastikan diorang sampai checkpoint yang betul ke tak. Oleh sebab bosan dan mengantuk, jawapan yang diberi disalah anggap dan saya pergi cakap ni bukan checkpoint korang. Padahal memang checkpoint diorang. Kekeke...sorry ya, i mengantuk. =_=! *sila baiki attitude anda ye, Afiq!*


Ini group yang first datang jawab soalan di checkpoint saya.



Mula-mula datang satu group, then lagi satu group datang. I pun bagilah soalan kat mereka. Bila dah siap, i pun check la dengan skema jawapan. Lain apa yang i dapat dan apa yang mereka jawab! I pun pulangkan balik kertas mereka suruh mereka buat lagi. Bila group lagi satu suruh check pun jawapan tak sama dengan skema! ayarks.....macam mana ni???




Ini group lagi satu. Sori hanya tangkap gambar belakang heheh.


Sementara i tengah semak jawapan-jawapan mereka, group-group lain datang berduyun-duyun. Tak menang tangan melayan. *macam rumah terbuka pulak
*Sebelah kiri sibuk "Akak, cepat check jawapan kitorang ni.."
Sebelah kanan pun "Akak, jangan check jawapan diorang, check jawapan kitorang dulu!"
Yang depan "Akak cepat kak..."

Nasib baik belakang i dinding. Kalau tak mau pening kepala. Fikiranku kusut. Satu pun jawapan mereka tak sama dengan skema. C++ dah lama ditinggal. Habis tu nak kena guna otak sendiri la ni? Waaaa~~


Untuk memudahkan jalan cerita, saya pun ambil keputusan untuk suruh diorang terangkan kat saya apa yang diorang buat tu. Kalau nak suruh saya faham sendiri memang berzaman baru faham kot. Maka macam tu lah ceritanya. Mana-mana coding yang masuk akal dan logik saya terima je lah. Kesian jugak tengok muka-muka yang semua nak menang nombor satu ni. Saya faham. Saya pun pernah masuk explorace. *Tak boleh jadi penjaga checkpoint macam ni huhu.*



Soalan dan jawapan mereka



ni kat checkpoint depan. Ramai sungguh.



checkpoint bawah






pemandangan dari koridor



Lepas habis race, ada taklimat dari senior dulu dan penyampaian hadiah. Siapa pemenang, saya tidak tahu.


Balik rumah terus sakit kepala. Oh. saya rasa saya tau kenapa. Tak cukup tidur agaknya.



~Sekian~









Friday, September 17, 2010

Makan-makan Suka Hati

Tarikh: 13 Sept 2010
Acara: makan-makan birthday Along




Lokasi adalah seperti yang tertera di bawah.

Dah lama tak pergi. Dah tak ingat bagaimana rupa bangunannya. Lawa oh! Ada dua bahagian tempat makan. Air-cond dan tiada air-cond. Kami pilih air-cond!



Antara juadah yang dimakan:

Dah nama restoren pun Sate Kajang, jadi ini menu wajib.
Terbaik! Lebih-lebih lagi dah lamaaa tak makan. =')



Dah nama pun restoren sate kajang maka menu-menu lain kurang mengancam.
Tapi makan juga.



Dah nama pun restoren sate ka...ok2...ais krim atas ABC tu sedap.




yang diraikan, cik Adeib. Happy birthday lagi sekali!




gambar saya perlu ada.




TERIMA KASIH MAK!


~SEKIAN~

Wednesday, September 15, 2010

Sesungguhnya...

Sesungguhnya, kalau saya berada di rumah (tentunya di Bangi),



*bawaklah banyak mana pun buku atau nota------->adakah nampak saya bukak buku dan nota?


Kesedaran ada. Mid Term menanti. Tapi mood?


Mood makan memang tinggi, tak dinafikan. Kuih raya banyak. hehehe..



eh kejap. saya ada bawak balik buku ke? =_+


p/s: ada entri tertunda nak ditulis, bila nak tulis?


p/s/s: sekarang tengah mengadap lappy, kertas ulangkaji katakana di sebelah kanan, 8tv di sebelah kiri. awesome. terbaik. heh.

Thursday, September 09, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

....buat seluruh umat Islam, especially yang follow, baca, komen dan singgah di blog ni. Semoga anda semua bergembira dan berbahagia di hari raya! Dah raya nanti, makan tak payah fikir-fikir, ngap je...hahaha!

oh, dan berhati-hati di jalan raya bagi yang bawak kenderaan tu ye. Ingatlah orang tersayang.. ;)

Monday, September 06, 2010

Aneka Juadah Berbuka

Di Mana? Puri Pujangga, UKM, Bangi.
Bila? 5 Sept 2010.
Pukul berapa? Waktu berbuka.
Dengan siapa? kakakku Along dan adekku Adam.




~Sebelum berbuka~



Melangkah masuk dalam Puri Pujangga, inilah pemandangannya.


Bukti saya makan kat sini haha!



Pemandangan dari meja kami ;)





~Berbuka fasa 1~


Roti bom dengan kuah kari yang enak!



Laici tanpa buahnya



Tiga jenis kuih-muih; yang tahu nama hanya cekodok pisang. Yang belakang dia tu pisang celup gula kot dan sebelahnya memang tak tahu apa.



Pergh... cendol ini memang terbaikkkk! Sedap...mmmm...



Aneka makanan bergoreng. Char Kuey Tiow memang sedap habisssss!! Yang lagi dua...menyesal ambik haha! Tapi tetap habis okayyy.






~Selingan~

OK. Mari perkenalkan ahli-ahli meja makan...


Peace! Ini saya.



Yang baju biru: Adam, yang baju coklat; Along. Muka sabar tunggu berbuka wee~






~sambung berbuka fasa 1~


Inilah pemandangannya kalau anda di tempat saya. =)



Sup sayur yang disangka sup cendawan. Along ambik. Lagi sedap sup cendawan. harharhar..


Ni kuih-muih Adam ambik. Tengoklah sendiri apa yang ado.



Air asam boi milik Along





~Berbuka fasa 2~


Nasi dua sudu dengan lauk pauk dua tiga ketul serba satu.



pemanis mulut: puding dan koktel. memang manis.




Kesimpulan: Berbuka di situ memang best. Banyak makanan. Sedap. Walaupun ada jugak beberapa yang tak berapa sedap. Tukang masaknya pun puasa kan...tapi tak bermakna makanan yang sedap tu dimasak oleh tukang masak yang tak puasa. Tak kisahlah!
Keseluruhannya best. BEST.
Terima kasih Abah!


oh. Hari ni berbuka di rumah. Ketua chef: Mak, pembantu chef: saya. Menunya bubur lambuk makan dengan kicap n ikan bilis (TT_TT bestnye), air sirap bandung, nasi lauk ikan dowry goreng, tempe goreng masam manis, masak lemak lada api udang + rebung. Terbaik. ;)

Wednesday, September 01, 2010

Step Up to Vampire Suck

Setibanya daku di rumah sewa dari kampus petang tadi, lepas baring-baring kejap, kerinduan terhadap FB pun dilepaskan. Maksudnya terus mengadap laptop. Tengok home page nampak ada beberapa kawan di-tag pada beberapa gambar. Bukan sebarangan gambar. Gambar sambut hari kemerdekaan woh. Tengok ada yang pakai uniform semua sama, pegang bendera, makan-makan...oops. Puasa mana ada makan. Nampak macam best je. Meriah.


Dulu Abah ada jugak bawak kami sekeluarga pergi tengok perarakan kemerdekaan kalau dibuat kat Putrajaya. Best. Dapat tengok "live". Biasa tengok kat TV je. Kalau ada yang berarak tu naik kuda, dapat tengok sepanjang perjalanan, kuda tu melepaskan tahinya di jalan. Tentulah ada yang tukang membersihnya. Dalam TV tak nampak tu kan? :b


Lepas tu kalau ada kereta berhias dan ada orang atas kereta tu nanti dia lambai-lambai kat kita. Kita pun lambai la dia balik. Teruja je. Yang bestnya pernah dapat bendera free jugak. Nanti masa nak nyanyi lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan lagu-lagu patriotik lain boleh kibar-kibar. Nyanyi ramai-ramai memang best. Semangat patriotik lebih banyak
dari biasa.



Tahun ni cara sambutan merdeka lain sikit. Cuti digunakan sepenuhnya untuk relaks. Macam mana caranya? Wayangggg!! Serius dah lama tak tengok wayang. Sejak sem lepas lagi. Namun begitu, filem yang ditonton tak berkaitan dengan kemerdekaan pun. Layan~



Step Up 3 & Vampire Suck.


Step Up boleh tahan. Tarian-tarian yang ditarikan memang menarik dan hanya mereka yang pakar je boleh buat. Part ending memang meremangkan bulu romaku. Terbaik! Tapi kadang-kadang rasa jalan cerita macam selalu tergantung, bila dah nak habis baru faham.



Vampire Suck. Oh. Sungguh kelakar. Baru faham kenapa muka Edward Sullen terlampau putih, kenapa rambut dia sangat lawa, kenapa Jacob selalu tak pakai baju. Haha. Ya, ini parody kepada Twilight. Faham-fahamlah kan kalau parody. =)





Berbuka di food court. Sangat ramai orang.



Mi bandung untuk buka puasa.
Dan air ribena lemon.





rutin biasa: tunggu bas.



p/s: 2 hari lagi sehingga tiba hari nak pulang..ohhh~

p/s: siapa2 nak ajak saya tengok wayang...marilah..hehe