Friday, July 29, 2011

Evolusi waktu tidur

Masa sekolah dulu kalau tak silap aku, pukul 10 malam Mak dan Abah dah suruh tidur. Nak bangun esok paginya kan pukul 6. Nak pergi sekolah pukul 7. Kalau tak silap aku, dulu-dulu aku pergi sekolah pukul 7 pagi. Sekolah sangatlah sejengkal jaraknya dengan rumah. Merangkak dah sampai. Ep. Jalan kaki 10 minit 15 minit macam tu dah sampai. Rajinkan aku pergi sekolah awal walaupun rumah dekat je dengan sekolah? Aku kan pelajar contoh. Tu awal-awal je tu, masa masih pakai tudung senget benget, kain sekolah senteng sebelah. Haha. Dah masuk sekolah menengah, aku pergi sekolah lambat sikit. 7.20 kot baru gerak. Sekolah menengah lagi dekat dengan rumah aku. kurang 10 minit sampai. kurang lima minit la. Aku sedikit kejam kot masa tu. Adek aku sekolah rendah lagi, aku kena pergi sekolah dengan dia, nak kena teman, yelah budak kecik lagi. Aku gerak dari rumah pukul 7.25 pun okey lagi, tak kena  tahan dengan pengawas. Adik aku, yang jarak perjalanan 10/15 minit tu? hahahaha. Kesian dia. Gate dah nak kena tutup baru nak gerak pegi sekolah sebab aku. Aku tak ingat lepas tu aku insaf pergi lambat ke tak. haha.

Masa sekolah menengah aku dah tak ikut peraturan sangat dah. Rebel la kata. Masa tu aku gila Formula One. Masa form 4. Kalau ada race pukul 2, aku bangun pukul 2. Kalau ada race pukul 12, aku bangun pukul 12. Nak sokong Kimi Raikkonen punya pasal. Kata peminat setia. Aku tak sayang tidur betul masa tu. Rasa menyesal pun ada bila fikir balik sebab mensia2kan peluang untuk tidur lebih. Tapi esoknya kat sekolah aku tidurlah kalau cikgu tak ada. ngeh ngeh ngeh. Mata siap tak boleh nak bukak bagai sebab tak cukup tidur. Kimi, tengok betapa saya sanggup berkorban tidur untuk anda! Last2 pergi masuk Nascar pulak. Huh.

Masa matrik pula.. waktu tidur aku cuba untuk fixed kan. Pukul 11 tidur. Arahan Abah juga tu. Assignment tak siap pun aku tidur pukul 11. Tapi kalau ada yang due datenya esok aku sengkang mata la jugak siapkan. Tapi kalau tak silapnya aku tak pernah tidur lewat sangat masa matrik. aku antara orang terawal tidur dalam bilik tu. haha. Siap marah room mate lagi sebab tak tutup lampu. Aku sungguh evil di waktu matrik. Maaf kawan2.

Masa universiti, masa tidur aku paling terabur. Ada waktu sengkang je aku tidur. Tak kira pagi petang, siang atau malam. Especially masa tengah waktu2 kritikal. Ada satu hari tu nak kena hantar projek esoknya tapi tak siap lagi. Gila kitorang stay up sampai pagi nak buat. Mata ku dah macam zombie. Kepala aku dah goyang2 macam baru lepas kena ketuk. Badan menggigil-gigil. Biasa aku akan tidur pukul 11 kalau dah siap semua kerja. Tapi kedang2 aku stay up sampai tengah malam jugak. Online punya pasal. Bahaya tau naik syeikh online malam2. Nanti terlupa nak tidur. Padahal mata dah berkabus-kabus menandakan sign suruh tidur. Biasanya aku faham petanda aku nak kena tidur. Lagipun aku suka tidur awal. Tidur lebih penting. Online bila-bila boleh.

aku pernah satu hari tu tak cukup tidur sebab apa tak ingat, lepas tu petang tu masa nak tunggu bas balik rumah sewa dari kampus, aku muntah-muntah. Tak pernah aku macam tu. Teruk jugaklah aku muntah-muntah situ. Orang tengok aku tak kisah. Dah tekak aku mual, nak buat macam mana lagi kan. Aku fikir2 balik, mungkin ni sebab aku tak cukup tidur malam sebelumnya. Memang aku tak cukup tidur pun. Aku tak boleh tidur. Tak sangka pulak effectnya sampai sebegini. Mulai saat itu, aku tak nak kasi diri aku tak cukup tidur lagi.


Masa cuti. Masa duduk rumah ialah masa bergembira. Haha. Cerita best banyak malam2. Aku sanggup gadaikan waktu tidur untuk tengok program2 kat HBO ke kat Cinemax ke SMV ke KBS ke OneHD ke. Time ni la nak tengok TV kan! bagus betul. masa study sibuk tak cukup tidur, balik rumah pergi tidur lambat. *gelengkepala


Masa praktikal. Waktu ini aku amat menghargai waktu tidurku. Penat woh praktikal. Masuk office pukul 8 (bertolak dari rumah pukul 7) balik pukul 5. Duduk mengadap laptop je dari awal sampai habis. Penat tak penat mata? Segala drama-drama korea yang aku ikuti sebelum mula praktikal terpaksa aku abaikan sebab nak tidur pukul 9/9.30. Wuaaa dah lama tak tengok City Hunter, Lie To Me. Minho sshi!!! Not Choi Minho but Lee Minho. aku ni sekarang kalau dengar Minho aku akan automatik ingat

Choi Minho -SHINee
bebudak bawah umur sila tutup mata. haha =P

Minho yang ni sejak BOF habis aku selalu lupa nama dia pun Minho


Lee Minho
omo.. ada air mata bergenangan. ='(


Hargailah waktu tidur anda.
Sekian.

p/s: City Hunter dah habis? uwaaaaaaaaaaa lagilah rasa ketinggalan zaman. sobs



Office

Semalam pagi Bos jenguk office aku aka akuarium lepas dah hampir seminggu tak jenguk. Aku ingatkan Bos nak bagi kerja yang berkaitan network kat aku ataupun nak tengok progress sistem switch yang aku tengah buat ni. Rupa-rupanya tak. Sebelum Bos keluar ofis dia yang terletak sebelah akuarium tu, dia tutup semua lampu. Aku terkejut. Kenapa Bos tutup lampu? Bos nak pergi mana? Rupa-rupanya dia kata dia ada kursus dua hari. Harini dan esok (Khamis dan Jumaat). Jadi dia tak ada di pejabat la dua hari. Aku angguk faham. Tapi dalam hati aku tengah melompat2 gembira macam nampak Onew depan mata. Eh tak. Kalau nampak Onew tak boleh berperangai liar. Kena sopan santun. Onew kan sopan santun. Peminat juga kena sopan santun.

hi you


Aku sebenarnya tak berapa nak selesa duduk dalam akuarium tu. Sebab apa? Sebab dia kecik, dan ada dua orang je duduk dalam tu, aku dan seorang lagi staf lelaki. Kalau staf dalam ofis Bos tak keluar dan lampu ofis Bos terpasang aku masih boleh toleransi lagi. Ni lampu sebelah tutup. Akuarium tu dahlah pintu dia selalu kena bertutup. Kalau nak bukak selalu pun nak kena sendal baru boleh terbuka lama-lama. Tingkap tak ada kecuali cermin yang boleh nampak ofis bos. Apa-apa terjadi dalam akuarium tu takde orang tau selain orang dalam akuarium tu. Tak ke ngeri bunyinya? Kadang-kadang atau selalu aku terfikir, kenapa Bos besar letak aku dalam bilik tu? Aku ni perempuan. Kalau ditinggal aku sorang-sorang dalam bilik kecik tu dengan lelaki mau tak takut? Walaupun aku ada seni kemahiran silat cekak hanafi peringkat tamat dalam diri aku, tapi aku tak mahulah berdua je kan dalam office kecik tu dengan seorang sahaja lelaki! Tidak mahu! Kalau dia Onew atau Taemin atau Minho atau Jjong atau Key bolehlah. Itu memang aku mahu. Berdua lebih baik. hahahaha. Gatal sungguh.

sorry


Jadi harini aku pergi merayau di koridor tengok office mana yang sesuai untuk aku berpraktikal harini. Aku jalan, jalan, jalan, jalan sampai hujung lepas tu jumpa seorang staf wanita. Muka mcam familiar tapi aku, biasalah, cepat lupa muka orang. Dia yang tegur aku dulu. Bagus. Senang nak cerita kisah sedih aku. Aku cerita cerita cerita lepas tu aku mintak izin nak duduk dalam ofis dia hehe. Dia bagi dengan hati terbuka yay! Lega aku. Akhirnya aku lepas dari cengkaman akuarium.


Tapi aku tau, gembira aku sekejap je. Minggu depan kena duduk akuarium balik. Wuuu... kenapa staf dalam tempat aku praktikal tu tak se-friendly staf bahagian lain? Kenapa??????

Masquerade Time

Juliette Japanese version teaser is out!
I'm so EXTREMELY happy!
Tapi tak tengok lagi teasernya.
Baru tengok the gifs
But I'm happy enough. =")

Hubby is awesome and cute and making me melt-die-faint (ignore the sequence) as always

kekasih gelap is making my heart beat faster.


Tuesday, July 26, 2011

Late Birthday dedication for Taemin



Sebenarnya dah post this dedication kat SWM on his birthday (18th July) , tapi hari ni baru letak kat blog. Sorry Taeminnie.. nama je kekasih gelap tapi lupa nak letak entri special untuk ur birthday in my blog. Jeongmal mianhe!! koalahugskisses.
Sebagai my kekasih gelap, i will continue using ur pic as my twitter dp. hehe.
Saranghae!

Budak umur 9 tahun yang tabah

Semalam aku menonton Star King di channel OneHD. Pukul 6.30 p.m. Sebenarnya aku tak tahu pun ada Star King masa tu, aku tengah berfacebook+bertwitter+berSWM etc etc. Kat office tak boleh bukak facebook so aku pun facebook la mana tau ada orang komen gambar aku ke komen status aku ke apa2 ke. Kemudian masa aku scroll down kat Wall facebook tu, aku nampak OneTV Asia post sesuatu, dan suatu perkataan menarik minat aku kat post tu. SHINee. Heheh. OneTV Asia post kata ada SHINee, etc etc (tak ingat yang lain haha) ada kat StarKing pukul 6.25 petang tu. Aku tengok jam masa tu dah 6.30 alamak dah terlepas 5 minit! Mana tau ada Onew ke..Ada Taemin ke? Ada Minho ke ada Key ke ada Jjong ke? Aku pun terus bergegas bukak TV. Aku pun scan artis2 yang duduk kat kerusi artis2 tu. Scan Onew. Takde. Oh. Ada Key. Yeayy. ^.^


Yang awal2 tu tunjuk ada budak tu terror mengingat/menghafal. Dia boleh hafal nombor pi. Pi. yg 3.14 lalala tu. Aku pun tak ingat nombornya. Dia boleh hafal sampai berapa ribu nombor entah. Lepas tu boleh cakap nombor tu ikut susunan dengan betul. *ternganga kagum* Gila hebat! Siap kalau tanya.. nombor kat baris M, lajur G (hafal ikut kotak) pun dia boleh bagitahu nombor berapa kat koordinat tu dengan betul. Tercabar aku. Nak hafal pi yang tulis kat kalkulator tu pun aku tak lepas. Ni dia boleh tahu lokasi2 nombor2 tu kat mana pulak. *tabik spring*

Lepas budak tu ada tunjuk pasal budak kecik umur 9 yang jadi promoter untuk kedai kuih beras milik mak dia. Yeah dah masuk tajuk. hehe. Meriah gila budak tu dok promot. Petah berkata2. Siap nyanyi2, joget2, beraksi lincah atas pentas macam Super Junior buat performance. Padahal promot kuih beras je pun. Memang sangat beria la budak ni. Aku pelik tengok kenapa dia beria sangat. Siap bagi kuih beras dia untuk artis2 rasa. Ho Dong (MC) tak dapat satu. Dia tanya kenapa dia tak dapat. Budak tu kata, kalau awak makan macam mana awak nak bercakap? Awak kan MC (dalam bahasa sopan la.. aku terjemahkan dalam bahasa yang aku faham je :p )

Hodong ahjusshi pun temuramah budak tu,
Hodong: Siapa yang lantik awak jadi promoter ni?
Budak: saya yang lantik diri sendiri.
Hodong : awak dapat gaji berapa jadi promoter?
Budak: Tak dapat gaji pun. Saya buat ni supaya ramai orang datang kedai Mak saya. Saya tak nak Mak saya tutup kedai ni.

Dia yang dari awal happy go lucky tiba2 menangis. Aku terkejut. Omo! Budak...jangan nangis wuuu..

Hodong: Mak awak kerja dari pukul berapa?
Budak: Dari 7 pagi sampai 7 malam. Pagi-pagi Mak kena buat kuih beras lepas tu ada kena masukkan tangan dalam air sejuk etc etc *menangis lagi*
Hodong: Awak pergi sekolah, macam mana awak tolong mak awak?
Budak: Saya tolong malam2. Buang minyak dari mesin, buang sampah dari mesin etc etc.

Budak tu menangis on off on off. Terharu aku tengok. Rasa macam nak nangis jugak tengok dia. Aku rasa mesti budak tu sedih tengok Mak dia kena kerja keras nak operate kilang buat kuih beras tu. Mesti dia rasa macam "Omma..biar saya yang buat tu semua, Omma duduk je la depan TV tengok drama, biar saya settlekan semua ni"

Wah.budak umur 9 pun dah berfikiran matang macam tu. Hebat budak ni. Matang dari usia. Aku..pagi2 pun mak aku kejut. Apa2 kerja semua nak bersuruh. Heh. Bila nak berubah.

Monday, July 25, 2011

Beast-ing

Sambil-sambil mencari coding untuk sistem yang aku tak tau kenapa tak jadi-jadi ni..kat office akuarium yang tak diberi makanan ni (bak kata seorang staf database yang aku jumpa haha)..aku bukak la lagu untuk didengar. Haritu dah download album terbaru Beast.. ye, aku download je.. kalau ada duit dan kalau aku jumpa kat kedai2 muzik nanti aku beli la albumnya lepas aku dah habis kumpul album SHINee. hehe. Sedap-sedap jugak lagu2 Beast ni kan? OK. Aku tak nak jadi B2uty. Sebab Beast dah 2 kali datang Malaysia, terbaru semalam. Kalau aku jadi B2uty nanti aku menangis2 sibuk membebel "kenapalah aku tak jadi B2uty awal2..tengok Beast dah dua kali datang aku buat tak heran je."

btw..aku mengesan suara macam Jonghyun dan Taemin dalam certain lagu Beast ni hahaha.

A SHINee Entry: I miss Onew

I miss Onew!!!!!!!! uwaaaaaaaaaaa!! Konsert kat Taiwan, performance kat mana2 tah ..banyak gambar Jonghyun, Key, Minho dengan Taemin, tapi Gambar Onew sikit gila! Hampir tak ada! Lepas tu SHINee semua reply UFO Town, Onew reply satu je semalam. SATU JE! Kenapa satu je? Dah lah dah lama tak nampak muka, reply UFO satu je, video Onew focus pun tak ada. Rasa macam Onew menghilang. Key update me2day haritu gambar SHINee semua ada except Onew! How can this be?? Nak sorokkan Onew ke? Jangan la! uwaaaaaaaaaaaa

Tadi pergi usha2 tumblr pun punyalah susah nak carik gambar Onew. Memang sangat kurang. Almost takde. sobs. Lepas scroll bawah bawah bawah akhirnya jumpa yang ni.


Tak pernah tengok lagi gambar yang ni. Onew I MISS YOU
='(

Saturday, July 23, 2011

Elaun praktikal

Salam. Jumaat haritu department aku praktikal buat mesyuarat. Ini bukanlah mesyuarat pertama yang pernah aku hadiri. Sebelum ini aku pernah menghadiri mesyuarat Annual Grand Meeting Silat Cekak Hanafi UTeM, mesyuarat Pesta Konvo UTeM, etc etc. Aku ingat ramai la kot yang ada kat mesyuarat tu. Rupanya staf bahagian network ada empat orang je hahahaha. ehem. anyway, Ada perkara yang disebut oleh encik mentor/supervisor yang membuatkan hati aku berbunga-bunga sedikit. Aku akan dapat elaun selama berpraktikal di sini!! Itu je yang menarik. hohoho..hal kerja.. ehem.. 


I'll be getting some money money money! 


Taklah mewah pun, but at least dapat kan!





Akhirnya... adalah sikit pendorong nak berpraktikal. =')


btw..kat situ kena pakai baju kurung je. Aku selamba je pakai baju seluar, t-shirt, blouse, since my dad cakap..aku budak praktikal, so baju pun tak kisah la kot. Masa meeting tiba2 sv bagi aku buku etika berpakaian. Wahahahaha..memang terbaiklah. Aku rasa mesti semua orang kat situ pelik tengok tiba2 ada budak yang rock pergi datang situ pakai baju seluar. Well...Aku budak Universiti Teknikal. Baju bebas je nak pakai apa. T-shirt ke blouse ke, seluar ke semua boleh (yang bersesuaian la). Aku ingat nak pakai lab coat masa praktikal, nampaknya macam tak jadi lah. Or aku pakai baju kurung tapi pakai lab coat kat luar. hahahha.. 

Friday, July 22, 2011

Suasana pejabat

Dalam pejabat aku semua staf lelaki. Lumrah dunia rangkaian. Kelas aku Computer Network pun macam tu. Pelajar perempuan berapa kerat je. Bandingkan dengan kelas database ke..software ke...nampak la perbezaannya. Dulu kat universiti aku boleh adapt lagi sebab ada kawan. Ni kat tempat kerja rasa awkward gila. Nak2 semua macam tak friendly. Aku bercakap dengan supervisor aku je. Dan seorang staf perempuan kat ofis depan. Aku cakap la dengan Puan tu, kalau aku boring nanti aku datang kacau ye. Dia cakap.. saya banyak kerja. OK. Fine. Tak nak aku kacau la tu. *foreveralone*

Lagi sorang staf pulak cakap.. saya ni memang tak friendly. Pergh. Camne la kau hidup ye. Terkesima aku dengar. Maksudnya apa? Memang datang sini 8-5 dok mengadap komputer je ke? Takde nak bersosial dengan rakan sekerja? Dah la bilik ni takde tingkap tengok pemandangan luar. Dapat tengok ofis sebelah je. Orang lalu lalang kat luar dapat dengar bunyi je.

Aku tanya la staf perempuan situ..kat sini memang sunyi sepi je ke? Dia kata memang macam ni. Aku cakap la aku boring sorang2 takde sape nak berbual kan kat dalam ofis akuarium aku tu. Dia kata... best apa sorang2, sunyi sepi. Aku terkesima lagi. Aaaaa kenapa dengan tempat ni?????? ni bukan library kena silent je!

I'm FOREVER ALONE.

Budak2 praktikal bulan 9.. cepatlah datanggggggggggg.... pleaseeeeeeeeee

Wednesday, July 20, 2011

Latihan Industri

 Semenjak Latihan Industri aku balik rumah penat.
Nak tidur awal.
Nak tidur lagi.
Penat.
Lonew eh Loner kat tempat kerja.
Lapar.

Mengantuk.


Perlu kekuatan dan semangat!

Friday, July 15, 2011

Bye UTeM. Bye Melaka (FULL POST)

Entri ini ialah sambungan kepada Bye UTeM. Bye Melaka (TEASER).
Entri ini banyak gambar. Saya tahu orang lagi suka tengok gambar dari baca panjang2 kan? hehe.
Nak tulis pasal tiga tahun kat UTeM mesti panjang, jadi saya ambik beberapa gambar yang perlu sajalah okeh.. ini merangkumi tiga tahun di UTeM. Flashback!

berpantai-berbbq bersama Networking peeps. Ni masa tahun dua..



sorry geng2 kat belakang tu tak jelas gambar korang kekeke..



masih di pantai..



Ni tahun 2 jugak kot. Kat pondok wakaf FTMK~ woohoo~



Ini masa pertandingan UTeM Cisco Skill Based Competition. =)
Saya nampak kurang tembam di sini. wuuu



Ini kat Pusat Persatuan Pelajar bersama silat cekak hanafi mates. Masa Wajadiri Kedah.



Wajadiri Kedah. Aku rindu korang. Sobs.



Motif gambar ini ialah bergambar dengan MHHR. hehe. Ni kat Kedah dah. Tengok saya pakai baju silat! 



Ini masa birthday party Ija! 



Tunggu bas yang tak kunjung tiba. ahahaha...second last day di Melaka.



masih tunggu bas. 



Bergambar depan bangunan FTMK last day di UTeM




Jalan-jalan Melaka with housemates



with jiran sebelah bilik haha! Ayu



kat tempat tunggu bas di Kampus Industri. (tahun 1). Lollipop tu Cik Ida bagi. Tak ingat kenapa. ahaha..



Sesi latihan silat. =)



dengan bebudak silat kat tepi pantai. Omo! Saya pakai beg adidas tu! Waa rindu..



Wajadiri Sarawak. ^.^ Patutnya tak boleh bergambar kat sini tapi takde orang nampak so kitorang pun ambik peluang. ngeh ngeh ngeh


Wajadiri Sarawak. My first wajadiri.


Nak compilekan tiga tahun punya cerita dalam satu entri memang tak muat. Gambar2 ni pun sikit je ni. Masa nak pilih2 gambar ni teringat memori2 masa gambar tu diambil. Best. Lagu yang dimainkan masa pilih gambar pulak lagu syahdu eheh...lagilah mengimbau memori. Jadi nilah sedikit sebanyak memoriku kat UTeM.



Entri ini ditutup dengan gambar berlatar belakangkan Dewan Besar UTeM.

panas gila masa tu boleh pulak pergi pakai sweater ahahaha.. 



Sekian. 

Diari pemandu yang tak-berapa-baru #3

Hari ni nak keluar parking sangkut lagi. Cis. Bila nak smooth ntah. Masa kat jalan, nampak ada kereta accident. Depan kereta tu remuk. Tapi orang dalamnya elok je rasanya. Ya Allah, mintak jauhkanlah aku daripada kemalangan ke apa2 yang macam tu. Aku takut. =(

Harini aku lalu jalan jauh sikit dari biasa ehek. Lalu jalan yang kereta lain lalu. Jalan sebelum ni pun ada kereta lalu jugak, tapi jarang. Ni aku lalu semi-main road. Fuhh... Kira macam lalu jalan sebenar la. Berada di jalan raya bersama kereta-kereta lain. Kena lebih berhati-hati. Nervous lebih. Eh tetiba nak nervous bagai. Rileks sudah. Bak kata Abahku, kita yang control kereta tu. Jangan biar kereta tu control kita (boleh ke? lainla kalau kereta tu Bumblebee harharhar).

By the way, aku secara rasminya dah calarkan kereta tu tanpa disedari haha! Aku sebenarnya tak perasan langsung bila, kenapa, di mana, kereta tu calar. Aku takde langgar apa-apa pun. Atau aku ada langgar sesuatu tapi aku tak sedar? *musykil* Dahnya, kereta tu nak kena polish bagi kurangkan kesan calar tu. Polish je la...

LI makin menghampiri. tidaaaaaaak!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 14, 2011

Jiwa kacau

Hari ni aku ponteng "kelas revision memandu". Malas punya pasal. Serius. Tak tahu kenapa dengan aku hari ni. Dari pagi aku dah rasa macam nak nyanyi lagu The Lazy Song-Bruno Mars. Tapi tak nyanyi pun sebab malas. haha! Memang hari ni aku rasa memang malaslah senang cerita kan. Nasib baik tak 100% malas. Ada baki rajin yang tinggal tadi sebab nak kena masak lauk. Yang lain, minta maaf. Tiada mood. Tiada perasaan. Teruknya.

Aku ingat alasan aku malas boleh diterima akal masa aku bagi alasan kat mak aku kenapa aku tak drive (camne Mak tahu aku tak drive? Aku tak cerita pun lagi! hmmm.. ). Alih-alih dapat syarahan free.. of course la kan. Lepas tu terus mood down..down.. down (baca macam lagu Hoot SNSD). 

Aku tahu aku tak boleh macam ni. Nak kena juga praktis bawa kereta tu. It's for my own good. Tapi hari ni memang tak tahulah. Dah sifat malas tiba-tiba menonjolkan diri.. nak buat macam mana kan? Nak kena rotan ni..ponteng kelas. Rotan dia! Rotan! huhu..

Esok aku berazam nak bawak kereta lebih awal masa pagi. Dalam pukul 9 ke.. kena cepat..kalau tangguh2 nanti sifat M muncul. Tak boleh tak boleh tak boleh. Kena set minda. SET!


Tomyam ayam. Percubaan pertama.

Hari ni malas gila nak buat apa-apa. Nak buat panggilan reject malas. Nak bangun dari tilam malas. Nak driving malas. Nak masak malas. Nak bukak laptop pun malas. Ni bukak sebab nak tengok internet besar sikit, penat tengok kat henpon lama2. Semuanya malas, apa nak jadi? (Sila jangan tiru aksi ini.)

Malas tiada ubatnya. Perut dah lapar. Perut sendiri lapar, boleh cincai2 je masak apa2 untuk makan. Ni aku nak kena masak untuk adek aku sekali. Alang-alang masak, masak untuk malam sekali untuk satu family makan. Kalau ada lebih, boleh makan untuk tengah hari esok pulak. hahahaha! Bagus tak? Aku dari semalam teringin makan tomyam. Siap bau-bau lagi. Dari mana entah datang bau, entah. Yang pasti aku nak makan tomyam! Siapa lagi nak masak kan, kalau bukan aku. Mak aku kerja petang baru balik huhu. So aku kenalah masak sendiri.

Tapikan, masa nak masak ni, aku perasan macam banyak pulak ramuan yang tak ada. Atau aku tak pandai cari dalam peti ais. Ramuan penting tomyam. Pes tomyam aku tak jumpa. Daun limau purut pun aku tak jumpa. bwahaha.. habis tu ni bukan sup tomyam la? Sup ayam biasa je? -_-

Takpelah tak cukup ramuan pun kan. Janji ada rupa sup boleh la makan. Kalau ada rasa tomyam tiba-tiba tu kira bertuahlah haha! Lapar betul. Perut dah bunyi-bunyi. Ni aku tunjuk hasil air tanganku. hehe.


 Jom makan!

Wednesday, July 13, 2011

Diari pemandu yang tak-berapa-baru #2

Sesi pagi.
Keluar parking rumah lebih elok dari petang semalam. Pusing2 tempat sama. Nampak ada kereta dan dua orang yang mencurigakan tepi roundabout. Memang mencurigakan. Tak tahu mereka buat apa kat situ.Pagi tadi Mak pesan suruh tukar2 timing drive...just in case. Terus aku curiga semua orang yang aku tengok kat jalan. Masa nak parking kat depan rumah, mati enjin banyak kali. Buat malu aje tapi ada aku kisah? Yang penting aku dapat parking baik punya tepi divider. Yang bangga sikit sebab jarak dengan divider tepi tu tak jauh sangat. haha!


Sesi petang.
Punya liat nak keluar pergi drive. Lepas tengok Running Man main kejar2 dengan DBSK, aku tidur kejap keke. Lepas bangun, pergi drive. Sebab aku tak terror lagi nak adjust stereng masa nak reverse untuk keluar dari parking, tayar depan kereta bergesel tepi divider hahahaha. Padan muka. Ingat style la dapat parking perfect jarak dengan divider sikit, lepas tu nak keluarkan kereta sangkut. Aku pun buatlah aksi kereta pergi depan, pergi belakang banyak kali. Kali ni nak keluarkan kereta tak berapa smooth macam pagi tadi huhu. Tulah kau, bangga lagi. Kan dah kena. Enjin pun mati beberapa kali masa tuh. Fuh. Punyalah. Berpeluh nak keluarkan kereta. Ni baru parking depan rumah. Belum parking tempat lain lagi. T.T


Cuba lagi.

Tuesday, July 12, 2011

Diari pemandu yang tak-berapa-baru #1

Hari ini aku bertekad nak berlatih memandu betul-betul. Hari ini tak ada orang yang  teman aku kat sebelah untuk komen dan bagi pendapat dan cadangan nak buat apa masa memandu. Hari ini aku bawa kereta seorang diri. Solo~ ya. Hari pertama yang lepas, aku tak ingat hari apa, ada kakakku duduk kat sebelah. Kalau ada orang kat sebelah aku yang lebih terror memandu dari aku, aku akan lebih nervous nak bawak kereta. Tak tahu kenapa begini. Yelah, aku tak terror, lepas tu ada orang terror kat sebelah yang tengok kau memandu, mestilah cuak sikit kan. Lepas tu asyik nak buat salah masa memandu. Tak best betul. 


Pagi tadi, lepas isi perut yang kosong dengan koko krunch dan kerepek pisang segenggam dua, aku pun mencapai kunci kereta atas almari dan menuju ke kereta. Berdasarkan panduan kakakku hari pertama haritu, aku dah tak berapa kekok nak bukak lock kat stereng dan gear. hehe. Adalah sedikit pencapaian di situ. Aku pun start enjin dan memandu. Perasaan bawak kereta seorang diri rasa lain. Bebas. haha! Nak-nak ada lagu SHINee peneman di tempat duduk sebelah. Kira SHINee teman aku bawak keretalah. hehe! Best! Siap nyanyi-nyanyi lagi. Rasa lebih yakin. Yay!

Good job!


Sesi kedua bawa kereta, aku bawak kereta dalam jam 3.30 lebih macam tu. Panas gila kat luar! Matahari memancar tanpa segan silu. Sebelum masuk kereta, aku sibuk cari lesen aku dalam rumah. Puas cari. Tak jumpa-jumpa. 

Petanda sesuatu yg tak best akan terjadikah?

Rupa-rupanya lesen aku dalam kereta. Lupa nak bawak keluar pagi tadi la tu. Aku pun masuk kereta, start enjin, letak gear R. Nak reverse dari posisi parking rumah aku tu. Punyalah aku reverse, forward, reverse forward, tak keluaar-keluar pulak kereta tu dari tempat sempit depan rumah aku tu. Matahari memang tak bagi chance. Menitik-nitik peluh aku. Aku rasa mesti Mak/adik aku nampak aku terhegeh-hegeh tak lepas-lepas dari parking (gelakkan diri sendiri). Adik aku pun tolong bagi instructions nak keluar dari situ. Peh. Memang mencabar. Adoi. Afiq. Tu baru depan rumah. Belum kat highway lagi. >.<


Perkara ni membuatkan aku rasa nak bawak kereta kat jalan lurus yang tak ada kena belok-belok, takde roundabout, takde lubang-lubang, takde tahi, takde halangan dan rintangan. Aku nak bawak kereta lurus je. Tak payah susah-susah nak gelabah-gelabah. Serius. Sebab bawak kereta di jalan lurus tak ada banyak sangat dugaannya. Ada dugaan, tapi kurang dari jalan yang tak lurus. 


Tapi.............



Jadi aku akan terus berusaha. Yakin boleh!

Sunday, July 10, 2011

Bye UTeM. Bye Melaka (TEASER)




end of teaser


ingat video klip kpop je ke boleh buat teaser? blog pun boleh berteaser juga! hehe!